“Ada apa
mak? Kenapa? Surat? Surat apa?” bertalu-talu soalan keluar dari mulut Azlan.
Penyapu lidi
di tangannya dilepaskan lantas terus dia meluru kearah ibunya yang dicintai.
Sudah berminggu-minggu dia menanti surat kemasukan ke Intitusi Pengajian
Tinggi. Harapannya surat yang ditangan ibunya itu menjawab penantiannya selama
ini.
“Surat Azlan
ke Mak? Surat ke IPT?” tanya Azlan.
Ibunya
tersenyum lebar. Wajah tua yang redup sayu itu mekar dengan jawapan bangga
walaupun tiada sebutir bicara meluncurkan kata-kata. Azlan bijak membaca
ekspresi ibunya. Surat ditangan ibunya disambut dan tanpa berlengah di
selongkar isinya.
“Mak...
temuduga… di UTM…” suara Azlan sedikit bergetar. Dia sendiri bingung dengan
perasaannya. Berbaur-baur antara dua kata.
“Alhamdulilllah…
cubalah… temuduga apa?” tanya ibunya.
“Cikgu…”
sepatah kata sahaja jawapan Azlan. Dia redha walaupun masih berharap temuduga senibina yang dipohonnya mendapat jawapan.
Gelagat dua
beranak itu diperhatikan sahaja dari jauh oleh Pak Arif. Cangkul ditangannya
dirangkul kebahu. Tanah-tanah yang berbaki di kasut getahnya dikuis-kuis pada
tunggul kayu. Dahulu Pak Arif seorang tentera. Dia berhenti setelah mendapat anak
kedua. Semenjak itu dia pulang ke kampung halaman dan hidupnya berniaga dan
bertani.
Pak Arif
semakin berusia, namun anak-anaknya ramai. Tujuh lelaki dan seorang perempuan.
Azlan merupakan anak keenamnya. Dalam usia senja, dia masih terus berusaha
mengerah keringat berkebun dan sebagainya. Medan tentera telah lama dia tinggalkan,
tetapi jiwa disiplin dan pantang mengalah itu menjadi obor semangat beliau
membesarkan anak-anak dan memberi nafkah pada keluarga.Anak-anaknya ada yang sudah berjaya, namun bagi beliau selagi tubuh bertenaga selagi itulah tanggungjawab mengemban di pundaknya.
Petang
berlalu dan azan maghrib berkumandang di udara. Burung-burung juga telah pulang
ke sarang. Rembang senja di kampung menggamit sejuta ketenangan di jiwa. Begitu juga dengan Pak Arif sekeluarga, mereka telah pulang ke rumah dan
bersiap-siap menunaikan kefardhuan pada yang Esa.
...bersambung...
.........................................
Hadist yang diriwayatkan oleh Abdir Rahman Abdillah Ibni Mas’ud ra “Aku pernah bertanya kepada Nabi SAW amal apa yang paling di cintai disisi Allah ?” Rasulullah bersabda “Solat tepat pada waktunya”. Kemudian aku tanya lagi “Apa lagi selain itu ?” bersabda Rasulullah “Berbakti kepada kedua orang tua” Aku tanya lagi “Apa lagi ?”. Jawab Rasulullah “Jihad dijalan Allah”. (HR. Bukhari dan Muslim)