Dalam buku Fiqih Dakwah Syekh Jum’ah Amin, salah satu topik
yang menarik perhatian saya adalah salah satu kaedah dalam menjaga peranan kita selaku para da’i.
Saya petik
beberapa perenggan ayat yang saya kira penting untuk diri saya dan
mereka-mereka yang berusaha menyandang gelaran da’i.
“Sesuatu yang sering kali kita lupakan adalah, bahawa kita terlebih dulu harus memperbaiki
diri kita sebelum mengajak orang lain kepada kebaikan dengan dakwah”
“Alangkah mudahnya menjaring kesalahan orang lain kerana
kita semua bersalah”
“Sebaik-baik orang bersalah adalah orang yang mahu
bertaubat”
“Alangkah mudahnya menyebut aib orang lain, seakan-akan
dengan semua itu kita telah membersihkan diri dan menyifatinya dengan
sifat-sifat yang mulia.”
“Persaaan hiba terhadap orang yang bermaksiat adalah dengan
menutupinya, bukan menyebarkannya”
Apatah lagi kita terus menghukum dan meninggalkan.
Sejujurnya saya sendiri kadangkala merasa telah GAGAL!