Beberapa hari ni penulis tersangatlah berkeluh kesah tentang kehidupan. Adapun apa yang ditakutkan itu tidak lain berkaitan dengan pengajian yang sedang ditempuh dan tanggungjawab dakwah yang makin melusuh. Dijerkahlah akan penulis oleh Sang Pn Dr Supervisor kerana takutkan sesuatu yang tidak ditempuh... Ketakutan yang hanya bayang-bayang dan berpunca dari persepsi dan jangkaan semata-mata... Hal dunia akademik yang meletihkan otak dan pemikiran... Tersedarlah akan penulis hakikat kata-kata beliau itu, lantaran salah letaknya perasaan takut itu...
Sedang ketakutan dalam membawa usrah yang tidak terancang-rancang lagi, penulis bergegas-gegas dengan tunggangan pinjaman sang kawan. Habis diseret rim besi yang cantik itu di divider jalan.. maka tercalarlah ia... Berganda-gandalah lagi takutnya penulis... Maka benarlah penulis memang dalam keadaan lalai...keluh kesah dan ketakutan lagi.... apa perlu dirahsia? apa perlu diberitahu? ya sudah tentu... lebih takut lagi jika jadi penipu. Lega sang kawan. Sangat lah lembutnya bicara...Walau rim keretanya calar seribu...(mungkin begitu juga hatinya bercalar sebegitu...asif akhi...huhu)..
Ini soal ketakutan...sering melanda manusia yang punya jiwa dan perasaan. Ada yang berkata menjadi penakut itu memalukan... kerana ketakutan itu tanda lemahnya jiwa dan perasaan. Takut hantu, gelap ,tinggi dan kegagalan...Ketakutan juga kadangkala membuatkan kita bertindak luar dari batas pemikiran. Berapa banyak manusia yang menjadi haiwan lantaran takut dengan kesilapan yang telah dilakukan... bunuh, bakar, buang bayi dsb, semua berpunca dari keinginan menutup kesalahan. Namun kadangkala ketakutan membawa kita dekat kepada Tuhan, jujur dalam tindakan dan bermotivasi menjalani kehidupan...
Dalam erti kata lain, jika pusat pemikiran hanya kepada Allah SWT, maka ketakutan bukan lagi halangan, tapi cabaran yang perlu ditempuh dengan hati yang waja tanpa membesarkan yang lain selain dari keagungan Tuhan...
Masih terfikir.... mampukah aku membina jiwa dan perasaan untuk selayaknya menjadi insan yang dikasihi Tuhan... Allhuakhbar...lemah dan hinaya sang penulis... apakah ini satu ketakutan?
Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 28, 2012
'POHON' NIAT & KEIKHLASAN
Sebatang pohon yang semakin meninggi bagaimanakah angin yang bertiup diatasnya? Sudah pasti angin yang bertiup itu semakin kencang dan kuat. Semakin menjulang ke awan semakin deras deru angin yang bertiup sedangkan pucuk-pucuk yang diatas masih mentah dan muda. Begitulah hakikatnya kehidupan kita. Sedang masa selalu mematangkan usia, kita terus menjalani liku-liku kehidupan yang sering berkisar antara suka dan duka. Dan dengan berlalunya usia kita, semakin matang kita dalam menilai jawaban dan menelan masalah-masalah kehidupan.
Pengalaman hidup memberikan kita tenaga kerana semakin hari dalam meniti usia semakin berat ujian yang datang melanda. Begitulah juga dengan halnya keimanan kita. Saya tidak pasti dengan orang lain, tetapi saya merasai dan melaluinya. Semakin kuat merasa untuk melaksanakan kebaikan demi kebaikan, semakin berat ujian-ujian yang datang melanda. Lebih parah lagi ujian itu bukan pada amal yang terlihat oleh mata, tetapi tersembunyi jauh di dalam lubuk hati. Hadir dalam nyata tapi bersembunyi dalam setiap perkara. Maka benarlah firman Allah SWT yang bermaksud;
Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu?
Kata seorang ulama “ Ada amal yang paling besar dikalangan manusia tetapi kecil sahaja di sisi Allah SWT dan ada amal yang kecil sahaja di kalangan manusia tetapi besar di sisi Allah SWT. Semuanya adalah kerana niat.”
Justeru itu adalah penting untuk kita meluruskan niat dan mendatangkan keikhlasan dalam beramal, hatta dalam setiap urusan kehidupan kita. Walaubagaimanapun perlu kita sedar keihklasan ini bukan perkara yang boleh dibuat-buat melainkan anugerah daripada Allah SWT. Firman Allah SWt dalam surah al-Anfal ayat ke 24 yang bermaksud;
Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu Dengan (pekerjaan) hatinya, dan Sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
Dalil ini menunjukkan urusan hati ini milik Allah SWT, maka dengan itu, ikhlas merupakan hadiah daripada Allah SWT. Maka beruntunglah mereka yang ikhlas dalam melaksanakan kebajikan dan amal hanya kerana Allah. Oleh kerana perihal niat dan keihklasan ini menjadi sangat penting, maka wajarlah ia menjadi akar kepada pohon kehidupan kita kerana akar yang kuat inilah sahaja yang dapat memastikan pohon kehidupan yang tinggi menjulang terus dapat bertahan hatta ribut sekalipun yang datang melanda. Semoga Allah SWT mengurniakan keikhlasan kepada diri saya dan pembaca di luar sana dalam setiap amal kita....
"Berbuatlah kebaikan dalam setiap peluang yang ada kerana kita sendiri tidak tahu amal yang manakah yang mempunyai nilai yang besar disisi Allah SWT...=)"
Subscribe to:
Posts (Atom)