Wednesday, February 29, 2012

"TAKUT !"

Beberapa hari ni penulis tersangatlah berkeluh kesah tentang kehidupan. Adapun apa yang ditakutkan itu tidak lain berkaitan dengan pengajian yang sedang ditempuh dan tanggungjawab dakwah yang makin melusuh. Dijerkahlah akan penulis oleh Sang Pn Dr Supervisor kerana takutkan sesuatu yang tidak ditempuh... Ketakutan yang hanya bayang-bayang dan berpunca dari persepsi dan jangkaan semata-mata... Hal dunia akademik yang meletihkan otak dan pemikiran... Tersedarlah akan penulis hakikat kata-kata beliau itu, lantaran salah letaknya perasaan takut itu...



Sedang ketakutan dalam membawa usrah yang tidak terancang-rancang lagi, penulis bergegas-gegas dengan tunggangan pinjaman sang kawan. Habis diseret rim besi yang cantik itu di divider jalan.. maka tercalarlah ia... Berganda-gandalah lagi takutnya penulis... Maka benarlah penulis memang dalam keadaan lalai...keluh kesah dan ketakutan lagi.... apa perlu dirahsia? apa perlu diberitahu? ya sudah tentu... lebih takut lagi jika jadi penipu. Lega sang kawan. Sangat lah lembutnya bicara...Walau rim keretanya calar seribu...(mungkin begitu juga hatinya bercalar sebegitu...asif akhi...huhu)..

Ini soal ketakutan...sering melanda manusia yang punya jiwa dan perasaan. Ada yang berkata menjadi penakut itu memalukan... kerana ketakutan itu tanda lemahnya jiwa dan perasaan. Takut hantu, gelap ,tinggi dan kegagalan...Ketakutan juga kadangkala membuatkan kita bertindak luar dari batas pemikiran.  Berapa banyak manusia yang menjadi haiwan lantaran takut dengan kesilapan yang telah dilakukan... bunuh, bakar, buang bayi dsb, semua berpunca dari keinginan menutup kesalahan. Namun kadangkala ketakutan membawa kita dekat kepada Tuhan, jujur dalam tindakan dan bermotivasi menjalani kehidupan...

Dalam erti kata lain, jika pusat pemikiran hanya kepada Allah SWT, maka ketakutan bukan lagi halangan, tapi cabaran yang perlu ditempuh dengan hati yang waja tanpa membesarkan yang lain selain dari keagungan Tuhan...

Masih terfikir.... mampukah aku membina jiwa dan perasaan untuk selayaknya menjadi insan yang dikasihi Tuhan... Allhuakhbar...lemah dan hinaya sang penulis... apakah ini satu ketakutan?

No comments:

Post a Comment