Sejak beberapa minggu kebelakangan
ini, bahang pilihan raya semakin dirasai. PRU 13 is just around the corner.
Dalam kehangatan kempen yang langsung dan tidak langsung dari pembangkang dan
kerajaan terutamanya, masih ramai lagi rakyat yang terkeliru atau ‘tertipu’ dengan
permainan politik semasa. Tidak termasuk lagi ‘muka-muka baru’ yang cuba
bernafas dalam arena politik tempatan. Warna-warna bendera hijau, biru muda, biru,
putih dan kini coklat (ke kuning?) mula melambai-lambai di kampung dan di jalanan.
Saya tidak mahu berbicara panjang
kerana saya faham ada yang akan panas hati sekiranya tidak kena penulisan ini
dengan mereka. Ambil nafas dan bertenang…
Pertama sekali, mari kita ambil
masa dan melihat sendiri corak langkah politik tanah air kita. Apa misi kita
dan dengan siapa sebenarnya kita berhadapan. Adakah kita mengundi Najib, Anwar Ibrahim, Lim
Guan Eng, TG Hj Hadi, atau Abdullah Zaik? Hakikatnya dalam politik tanah air kita
khususnya dalam mendepani pilihanraya akan datang, bukanlah individu itu yang
diundi…(walaupun seakan dalam satu kawasan, Si Fulan bin Si Fulan lah yang
bertanding).
Landskap politik kita merupakan Syaksiyah
I’tiba-iyah iaitu suatu percaturan politik yang melibatkan legal entity atau lembaga
(bukan rasaksa gorgon). Ini sangat berbeza dengan Syaksiyah Tabi’iyah iaitu
politik yang melibatkan percaturan antara individu. Dalam konteks negara kita,
hal ini merupakan satu perkongsian kuasa antara kelompok-kelompok dan yang
paling ketara adalah percaturan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Dengan
mengundi Dato’ A, Kita telah memenangkan satu kerusi di satu kawasan yang
membuatkan satu kelompok mendapat majoriti kerusi dalam parlimen walaupun
dengan lebihan hanya 1 kerusi. Matematiknya semudah itu.
Kelompok atau entiti inilah yang
akhirnya akan mencorakkan pembangunan dan pentadbiran Negara Malaysia tercinta.
Sudah pasti mana-mana pun yang menang, akan membawa kemaslahatan serta
kemudaratan tertentu kepada pihak tertentu, dan yang pasti mempunyai
agenda-agenda tersendiri. Mereka tidak
suci dari salah dan silap. Dan tidak semua pemain-pemain politik ini kotor-kotor
belaka. Inilah nature insan yang
hidup berorganisasi. Mana-mana pun
pilihan kita punya risiko tersendiri.
Dalam kaedah fiqh ada satu prinsip
yang dipanggil ‘Akoffu Dhararain’.
Antara dua mudarat, kita diminta untuk mengambil mudarat yang kecil
berbanding mudarat yang lebih besar. Bagaimana melihat kepada maslahat dan mudarat ini? Kita boleh analisis
sendiri. Siapa yang zalim, siapa yang suka mengada-adakan cerita dan siapa yang
mentadbir dengan jayanya. Fakta-fakta ini sudah boleh di capai dengan mudah di
mana-mana. Ada pula yang mengatakan dengan mengundi kelompok tertentu akan
menghapuskan keistimewaan melayu dan membahayakan agama Islam sebagai agama
persekutuan. Apatah lagi undi yang dicampakkan itu kepada calon bukan Islam.
Negara bangsa dan agama akan tergadai. Ini suatu pandangan yang tidak tepat.
Banyak ulama’ kontemporari yang mengatakan undi kepada calon bukan Islam adalah
harus seperti Dr. Abdul Karim Zaidan, Dr.Yusuf al Qardhawi Dr. Tawfiq Sawi dan
banyak lagi. Ini kerana undi keatas mereka
bukan menjadikan mereka wali atau pemimpin mutlak yang menentukan segalanya. Undi keatas mereka mungkin menentukan kemengan
keatas kelompok yang boleh memudah dan melancarkan proses pembawaan
kemaslahatan kepada ummah keseluruhannya.
Kemengan calon bukan Islam
contohnya dalam mana-mana kelompok, seandainya menang semua kerusi sekalipun
tidak mampu mendapat majoriti kerusi dalam parlimen. Walaubagaimanapun samaada
BN atau PR atau mana-mana yang berhajat untuk mentadbir negara, kerjasama dalam
politik antara Muslim dan non-Muslim merupakan suatu kerperluan. Seandainya suatu kawasan itu mempunyai
pengundi seramai 75% komposisi kaum A, maka untuk En B yang berbangsa C bertanding
dan menang adalah sangat tipis. Justeru itu untuk mendapatkan kerusi di kawasan
A, dan mendapat lebihan kerusi di Parlimen adalah dengan mengundi En. D yang
berbangsa A itu sendiri.
Akhir kalam sejujurnya saya
cenderung untuk memenangkan PR walaupun dengan cara mengundi calon bukan
Islam. Ada 5 perkara yang menguatkan
prinsip saya;
1.
Saya percaya misi dakwah dapat dilaksanakan
dengan mudah dibawah pimpinan PR (contohnya atas apa yang kita lihat di Selangor
hari ini).
2.
Terdapat ramai aktivis Islam dalam PR (Pas dan Sebahagian
calon Keadilan yang berfikiran Islami)
3.
Keadaan kerajaan sekarang yang tidak lagi efisyen
dalam pengurusan Negara (sila cari fakta)
4.
PR telah meunjukkan angka prestasi dalam tempoh
singkat pentadbiran (sila cari fakta)
5.
PR dijangka mampu membentuk kerajaan yang lebih
baik
Dan sudah pasti dengan memenangkan
PR, kita perlu beriaksi dengan usaha mendepani cabaran dan kekal dengan
prinsip-prinsip yang membawa kemaslahatan kepada agama, bangsa dan negra.
Owh… saya hampir terlupa, jika ada
mana-mana parti kecil yang cuba mengambil peluang dalam pilihan raya akan datang,
saya rasa ini bukan masanya untuk mengundi mereka. Bayangkan undi Melayu dan
Islam yang terpecah-pecah kepada BN, PR dan ‘mereka’ … sudah pasti menjadi
lebih berbahaya.
Maaf, ini Cuma sekelumit pandangan
daripada saya...
No comments:
Post a Comment