Tuesday, May 4, 2010

SEBUAH PUISI


TAKDIR

Saat masih lemah dan terkapai-kapai
Aku terdampar
Pulang semula ke pengkalan
Tempat asal tanah pertiwi

Saat seruan jihad itu datang
Lalu ku sahut
Kerana takut melihat
Takut menyaksikan
Manusia dengan sifat ananiah
Terus punah dengan dunia yang fana

Dalam seruan aku bangun
Mahu ku bina marhalah ad-Di’ayah
Namun permulaan ku sudah tempang
Mungkin kerana khilaf sendiri

Dalam hati sahut menyahut
Sudah asingkah kini
Tinggal dagang tak kenal lagi
Dipandang orang kanan dan kiri

Hanya sujud dan doa kutitip
Hanya kerja tak kenal henti
Moga bendang tertuai lagi
Moga tiba zaman dinanti

Iman ariffin, 30 April 2010, 9.53 pm

                “Ramai di kalangan muslim yang kita seru pada hari ini telah dilahirkan dan dibesarkan di
dalam masyarakat yang jauh dari hakikat Islam dan intisarinya, satu masyarakat yang dikuasai oleh
adat dan tradisi yang telah rosak, yang telah meresapi jiwa mereka dan sebati dalam kehidupan
mereka…”
Al Ustaz Mustafa Masyur

"Tegakkanlah daulah Islam di dalam hatimu supaya dia tegak di atas bumi kamu " .
Imam Hassan Al Hudhaibhi

No comments:

Post a Comment