“Mohd Azzamuddin - Nama ana Mohd Azzamuddin. Ana mengajar di sebuah sekolah cina berhampiran.” Begitulah ramah orang nya memperkenalkan diri.
“Sebelum apa2.. Ana nak bagi tahu sebenarnya ana lagi muda dari antum…”
Petah sungguh mulutnya berbicara, melayan kami yang baru tiba. Berbual dengannya bagai kan sudah belasan tahun kami berkenalan. Lagi dia menambah.
“Tentu syeikh2 semua ni lagi hebat… siapalah ana… duduk kampung jer..”
Sangat merendah diri walaupun dimata kami dia seorang yang terlalu berbudi pekerti. Akhi Azzamuddin, yang baru berusia 19 tahun, dengan melihat susuk gayanya pasti ramai menyangkakan beliau berusia lewat 20-an atau 30-an. Apabila berkata-kata, langsung tidak melambangkan usianya yang masih muda. Hatta hingga ke hari inipun hanya seorang sahaja yang berjaya meneka usianya.
Petang itu, segala kelelahan dalam perjalanan bagaikan hilang dibalik sambutan mesra daripada adik Azzam. Sementara menunggu sahabat-sahabat yang lain tiba, kami dikisahkan dengan bingkisan pengalam da’wah beliau di sekolah tempat beliau mengajar. Tiap tutur katanya mengundang perhatian. Tiap butir bicaranya kadangkala membuatkan kami segan.. Hati kecil saya berbicara… “Alangkah malunya berhadapan dengan anak muda yang sangat berwawasan ni.. Sangat cerdik… Subahanallah.. memang usia tidak membataskan pemikiran…benarlah sabda Baginda nabi Muhammad saw yang bermaksud, Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan, ia diberi faham akan deenNya..”
Petang itu sulaman ukhuwwah yang terjalin, membawakan kami ke dimensi baru. Dimensi yang menyuburkan iman. Bagi saya yang baru berjinak-jinak untuk mendekati Islam yang hakiki, yang baru bertatih-tatih mengenal da’wah, apatah lagi masih terkial-kial menyusun langkah. Pertemuan itu membibitkan cinta. Ya! Cinta! Tak kenal maka ta’aruf, sudah ta’aruf, barulah cinta!
PERSAUDARAAN
Walaupun mata meminta lelap, walau badan mengadu letih, namun hati masih bertenaga. Apatah lagi apabila menatap wajah sahabat-sahabat yang baru tiba. Sejurus kemudian kami dibawa ke sebuah surau berhampiran untuk bersolat dan makan malam. Hangat terasa ikatan hati yang terjalin biarpun tak pernah sekali bersua muka. . Di surau tersebut kami telah disambut oleh beberapa orang pakcik yang memang telah lama menunggu.Telah saya rasakan bahawa inilah persaudaraan yang paling hakiki. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Hujurat ayat 10;
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat
Kita bersaudara! Selagi mana kita meyakini kepada akidah yang sama, mentauhidkan Allah, menjaga hubungan kita keranaNya, insyaAllah disitulah letaknya kemanisan persaudaraan sesama manusia.
“Akhi, makan - all had been prepared…“
Kami bersyukur...
No comments:
Post a Comment