Wednesday, March 7, 2012

Hamka Sang Permata Nusantara

Semalam mendengar tazkirah daripada seorang ustaz... dipancarkan slide-slide yang mengandungi kata-kata daripada Hamka (Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah..). Dalam hati berbunga-bunga... ulasan sifat qanaah dan petikan kata-kata Hamka meresap kedalam jiwa saya... bukanlah mengagungkan beliau, tetapi saya sangat2 menghormati tokoh ini...(barangkali juga kerana yang menyampaikan kata-katanya itu juga tidak kurang hebatnya).


Mungkin ramai lagi yang tidak mengetahui akan susuk tubuh yang menjadi permata kepada nusantara ini... Saya juga tidak terkecuali. Saya berpeluang mengenali beliau melalui sebuah buku milik ayah saya...Judulnya, "Pelajaran Agama Islam oleh Hamka"... Ya... kulit bukunya sudah usang. begitu juga lembaran-lembaran kertas didalamnya.. Maklumlah cetakannya juga sudah puluhan tahun lamanya..sekitar 1960 an. buku ini lah yang membuatkan saya jatuh cinta kepada penulisan beliau... Madahnya sangat indah lagi memberi makna...setiap bait katanya mengandungi hikmah, menajamkan akal dan melembutkan jiwa. Itulah cinta pertama saya dalam dunia penulisan dan pembacaan ilmiah.

Bukanlah saya mahu membaca buku itu.. tajuknya sahaja sudah seakan membosankan... cuma suatu hari saya sangat-sangat kebosanan. Lantas saya menyelongkar khazanah buku-buku ayah saya. Lalu saya capai buku yang mepunyai tajuk 'yang membosankan' ini kerana saya kebosanan. Sehelai demi sehelai saya baca makin lama makin tebal yang diselak..."ah... tak boleh jadi ni... saya mesti pinjam buku ini"... Lalu sehingga kehari ini buku lama tersebut masih menemani saya... akan saya baca untuk mengutip hikmahnya, dan anehnya tak pernah-pernah jemu membelek isinya. Kadangkala saya rasakan kata-kata dan bahasa saya semasa memberi penyampaian turut dipengaruhi lenggok bahasa beliau walaupun jauhnya ibarat langit dan bumi...

Subahanallah... Benarlah kata ustaz yang memberi pengisisan pada malam itu. Kalam Hamka ini penulisanya dari hati... maka pastinya akan meresap juga kehati. Berbalik kepada judul buku yang saya nyatakan diatas, Hamka cuba membawakan Islam dalam perspektif yang lebih dinamik merentasi zaman beliau sendiri. Diolah akan penulisannya ilmu aqal dan naqal, juga antara fikiran dan wahyu. Kata beliau "mengupas pokok keperchayaan dalam Islam dengan cara yang baru". Cara beliau yang diistilah kan 'baru' itu nampaknya masih mampu lagi memberi kesan kepada pemuda yang hidup di zaman milenium seperti saya. Mungkin juga kerana niat beliau satu (Allah SWT lebih mengetahui ), agar penulisan beliau menyalurkan segenap faedah dan pahala dari sisi Tuhan dan diterima sebagai amal yang soleh... maka terkesanlah saya dan orang-orang yang membacanya...

Berbalik pula kepada cerminan diri. Hebatnya Hamka yang menulis pelbagai kitab dan buku, serta hebatnya Hassan al Banna kerana menulis manusia-manusia berjiwa Da'i... semuanya kerana kerdilnya mereka didepan al Khalik. Semuanya kerana rendahnya hati dan jiwa mereka kepada Pencipta... kerana tidak mungkin jiwa yang besar ini datang dengan membawa berhala didalam dada. semoga Allah swt merahmati dan mengampuni mereka...Maka di manakah kita???

1 comment:

  1. terbaca pula blong muharikah nih...http://muharikah.wordpress.com/2012/03/05/mencari-seorang-iradah-qawiyah/.... mcm saling berkait... mereka punya iradah qowiyah... =)

    ReplyDelete