Monday, April 9, 2012

Married or not... we should read this...

Berikut merupakan sebuah kisah yang saya alih bahasakan kedalam bahasa Melayu.... barangkali penulisnya bukan beragama Islam, namun kisah ini mampu menjadi motivasi kepada setiap individu yang sudah berumahtangga mahupun yang akan mendirikan rumahtangga....
Aku pulang kerumah pada malam itu sedang isteriku sedang menyediakan makan malam untuk kami sekeluarga.  Ketika di meja makan, ku gapai tangan isteri ku dan aku berkata kepadanya..." Ada sesuatu yang ingin abang beritahu..." perlahan dia melabuhkan punggung ke kerusi dan terus menjamah makanan... Tiada sepatah  pun perkataan yang muncul dari mulutnya. Jelas di mata kelihatan bahawa dia memang tersinggung...

 Entah mengapa aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu bersuara. Tapi aku juga mesti meluahkan apa yang selama ini aku pendamkan. Aku mahukan penceraian. Perlahan-lahan aku gagahkan diri menyuarakan hasrat hati. Dia seakan-akan tidak mempedulikan apa yang sedang aku katakan, bahkan dia bertanya dengan tenang.."kenapa?..." suasana menjadi sunyi seperti sunyi nya hati-hati kami..

Aku bingung dengan jawapan yang mahu diberikan. Ini membuatkan dia marah. Lantas, bingkas bangun dan meluahkan seuatu yang tidak pernah ku duga akan keluar dari mulut isteriku..."Awak bukan lelaki sejati!". Malam itu kami tidak bertegur sapa. Sesekali terdengar esak tangisnya. Aku tahu dia mahu kan kepastian tentang apa yang telah berlaku dalam perhubungan ini. Hakikatnya memang aku sendiri tidak mampu memberikan jawapan; barangkali dia sendiri telah meyerahkan hatiku kepada Jane. Tiada lagi cinta antara kami. Cuma kasihan yang membaja perhubungan ini setelah sekian lama.

Dalam rasa serba salah, aku gariskan beberapa perjanjian dalam penceraian ini. Aku serahkan rumah yang sedang diduduki ini, aku serahkan kereta kami dan 30% saham dari perniagaan ku. Dia hanya memerhatikan dan perlahan-lahan menyiat perjanjian itu kepada cebisan-cebisan kertas. Wanita yang telah aku nikahi selama 10 tahun ini tiba-tiba menjadi sangat asing dalam hidup ku. Perasaan bersalah menyelubungi diri kerana aku telah membazirkan waktunya, sumber dan tenaganya. Tetapi mana mungkin untuk berpatah semula, kerana aku sememangnya mencintai Jane dari segalanya.  Akhirnya dia menangis di depan ku. Pada ku mungkin itulah cara dia meluahkan perasaan. Yang pasti perancangan untuk bercerai sememangnya semakin jelas di depan mata.

Hari berikutnya, aku pulang kerumah agak lewat setelah seharian bersama Jane dan ku dapati isteriku sedang menulis sesuatu. Disebabkan bersangatan penatnya pada hari itu, aku terus tidur. Apabila bangun semula di pagi hari, dia masih lagi khusyuk menulis diatas meja. Aku cuma memerhatikan dan kemudian menyambung semula tidur ku.

Setelah bangun semula, isteriku menyerahkan secebis nota yang dikarangnya. Sebuah perjanjian sebelum penceraian. Dia nyatakan bahawa dia tidak memerlukan apa-apa dariku, cuma perlukan masa sebulan sebelum penceraian. Dia nyatakan lagi, dalam tempoh sebulan itu, kami perlulah berusaha untuk hidup seperti biasa semampu mungkin. Alasannya mudah; anak kami akan menduduki peperiksaan dalam masa terdekat dan dia tidak mahu menjadikan penceraian ini sesuatu yang akan menggganggu prestasi anak kami.

Pada ku, ada benarnya dan ini cukup mudah untuk diikuti. Tetapi ada sesuatu lagi yang diminta. Dia meminta aku mengingati semula hari dimana aku mengendongnya ke dalam kamar beradu kami di hari perkahwinan. Dia memohon supaya aku mengendongnya setiap hari dari saat ini, dari bilik ke muka pintu pada setiap kali kami mahu bertolak ke tempat kerja.   Aku sangkakan dia sudah tidak waras lagi. Cuma memikirkan tempoh-tempoh terakhir kami bersama, aku terima sahaja permintaan pelik itu.

Aku khabarkan kepada Jane tentang situasi ini... Dia tergelak dan memikirkan bahawa perkara ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal. "tak kisah la apa cara dia nak guna, dia perlu berdepan dengan penceraian ini..." kata Jane dengan penuh sinis.

Aku dan isteri ku tidak melakukan sebarang perhubungan intim sejak hari aku meluahkan hasrat untuk bercerai. Jadi pada hari pertama aku mengendong isteriku, kami kelihatan sangat janggal. Anak kami bertepuk tangan dibelakang melihat sang ayah memikul ibunya. Kata-kata dari mulut anak kecil itu mengundang keperitan di dalam hati. Dari pada kamar tidur, ke kerusi tamu dan ke pintu utama dengan dia berada dalam dakapan. Dia pejamkan mata dan berkata dengan perlahan; "jangan beritahu anak kita...". Aku mengangguk setuju. Aku letakkan dia di luar pintu. Dia memilih untuk menaiki bas dan aku memandu ke tempat kerja.

Hari kedua, kami berlakon lagi dan kali ini lebih mudah. Dia bersandar di dadaku. Bau haruman dari pakaiannya dapat aku hidu. Baru kusedar, sudah sekian lama tidak aku memerhatikan wanita ini. Aku sedar dia tidak lagi semuda dulu. Ada sedikit kedut di wajahnya. Ada juag beberapa helai uban dikepala. Perkahwinan ini telah merampas kehidupannya. Untuk beberapa ketika, aku terfikir tentang apa yang telah aku perlakukan keatas dirinya.


Pada hari keempat, sekali lagi aku mengendongnya. Dapat aku rasakan semula ikatan yang telah lama terurai kembali terjalin. Inilah dia wanita yang telah menghabiskan 10 tahun hidupnya bersama ku. Pada hari ke lima dan keenam, aku rasakan semula keintiman itu berbunga. Tidak sesekali aku khabarkan kepada Jane. Semakin masa berlalu aku rasakan semakin mudah mengendong isteri ku. Barangkali kerana setiap hari sentiasa mengangkat beban yang sama menjadikan aku lebih perkasa.

Suatu pagi dia memilih pakaian untuk ke tempat kerja. Dia mencuba beberapa pakaian, tetapi tiada satu pun yang sesuai. Dia mengeluh, "semua pakaian saya sudah membesar..". Baru ku sedar yang dia semakin mengurus. Itulah sebab kenapa aku dapat mengendongnya dengan lebih mudah dari sehari ke sehari.

Tiba-tiba aku terpukul...
Dia telah menanggung kesakitan dan kepedihan dalam hatinya dalam menuju kepada perpisahan ini. Tanpa sedar, ku usap dan belai kepalanya. Anak kami datang pada ketika itu.. "Ayah.. dah masa untuk dokong mak!" Pada si kecil itu, melihat ayahnya mengendong si ibu sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian.  Isteriku menoleh kepada sikecil itu dan memeluknya erat. Lantas aku paling kan wajah ku... tidak sanggup untuk ku menatap lagi.. bimbang-bimbang aku berubah fikiran. Hari itu sekali lagi aku mengendong isteriku... dari kamar kami, keruang tamu dan terus ke pintu. Tangannya memegang kemas leherku dan aku dapat rasakan seperti di hari mula-mula kami memasuki gerbang pernikahan.

 Tetapi, berat badannya yang semakin menyusut membuatkan aku sedih. Pada hari terakhir, terasa amat sukar untuk aku menapak walau selangkah. Anak kami telah ke sekolah. "Aku dampingi isteriku dan aku katakan kepadanya.." abang akui bahawa selama ini dalam kehidupan kita, jarang-jarang kita bermesra..." Aku gagahkan diri dan terus memandu ke tempat kerja.. Turun dari kereta, terus aku bergegas tanpa mengunci pintu. Entah mengapa fikiran ku berserabut dan bimbang seandainya ku berubah fikiran... Aku naiki tangga, dan Jane bukakan pintu... Dia berdiri betul-betul dihadapan ku.. Dengan nada perlahan aku katakan... "Jane, saya minta maaf.... saya tidak rasa yang saya mahu bercerai..."

Dia melihat kearah ku. Terkejut, dan lantas memegang dahi ku..."Awak demam ke?"... aku alihkan tanggannya dan sekali lagi mengulang bahawa aku memang tidak mahukan kepada penceraian. Perkahwinan kami menjadi sangat membosankan mungkin kerana kami tidak pandai menghargai setiap detik dalam pelayaran bahtera kami, bukan kerana kami tidak mencintai antara satu sama lain.  Baru ku sedar, bahawa semenjak hari pertama aku mengendong isteriku di hari perkahwinan kami, aku perlu melakukannya untuk seumur hidup kami. Jane menyedari bahawa ini bukan lagi mimpi. Satu tamparan keras hinggap ke pipiku... Dia teresak-esak dan berlalu pergi sambil menghempaskan pintu...Aku turuni semula anak tangga dan memandu ke kedai bunga. Di situ aku belikan sejambak bunga... khas untuk isteri tercinta... Aku selitkan sekeping nota..."I’ll carry you out every morning until death do us apart..."

Petang itu aku pulang kerumah dengan semangat yang baru, sejambak bunga ditangan dan berlari menaiki tangga...hanya untuk berjumpa dengan isteri ku - dia terbaring kaku.... tidak bernyawa....

Rupanya sudah sebulan dia berlawan dengan penyakit kanser, sedang aku sangat sibuk bersama Jane sehinggakan tidak perasan perubahan yang berlaku. Dia tahu bahawa nyawanya tidak panjang dan yang pasti dia mahu menyelamatkan diri ku daripada pandangan nagetif anak kami, seandainya kami teruskan juga dengan penceraian-paling tidak, dimata sikecil itu - aku seorang suami yang penyayang....


Perkara yang terpenting rupanya adalah apa yang tersingkap dalam setiap perhubunagn. Bukan rumah yang besar, kereta yang mewah, harta, dan wang ringgit. Semua ini cuma menyediakan kita kepada suasana kondusif untuk  sebuah kebahagiaan, tetapi hakikatnya tidak mampu memberikan kebahagiaan.
.
Maka sediakanlah masa untuk menjadi 'sahabat karib' kepada pasangan anda dan pada setiap perkara yang kecil-kecil seandainya ia mampu memupuk kemesraan....dan nikmatilah perkahwinan yang sebenar!...

No comments:

Post a Comment