Saya sangat
sedih apabila, ada yang menyindir-nyindir sesetengah pihak yang berusaha
menjalankan boikot keatas produk-produk dan syarikat-syarikat yang mempunyai pertalian jelas dengan negara haram
Israel. Saya akui hak membeli sememangnya hak masing-masing. Baik dia seorang
warganegara Malaysia, Indonesia, Amerika hatta Palestin sekalipun.
Dalam suasana
saya bekerja dan dikelilingi warga Timur Tengah, saya juga akui bahawa tidak
semuanya mengambil peduli tentang kesengsaraan umat ini. Ada yang berhijrah
semata-mata mahu meninggalkan negara yang sedang bergolak, bahkan benci untuk
kembali ke tanah air sendiri. Hidup di Malaysia ini bagaikan syurga tanpa bom,
peluru dan roket yang bersimpang siur. Ada yang boros berbelanja sehingga duit
pengajian yang diberikan keluarga habis di shoping-shoping kompleks, Starbucks
dan sebagainya.. Ramai pula yang berperangai ‘aneh’ mengalahkan
pelancong-pelancong mat saleh yang ada di Malaysia. Dicelah-celah mereka ini,
adalah beberapa kerat yang bersungguh-sungguh menjaga agama. Paling tidak
terhadap sahsiah dan akhlak sendiri. Bahkan ditempat kerja saya, ada pula Mat
Saleh warga Amerika yang sangat soleh dan beramal dengan amal-amal Islami. Ini
tidak aneh.
Justeru saya
terkesima apabila terbaca komen-komen yang berbunyi aneh dan pelik sebegini…
“Aku hanya akan boikot kalau orang Palestin sendiri boikot Mc Donald”… Atau…
“Ah… orang Palestin pun tak sebok nak berdemo…korang lak lebih-lebih terpekik,
terlolong… ”… “Ahhh..ramai dah boikot, tak pelah, aku tak payah lah… lagi pon
Mc Donald ni sedap kemain lagi…aishhhh…” Wahai saudara ku sayang, sedar tak
bahawa bertapa luasnya bumi ini??? Berapa ramainya penduduknya??? Berapa ramai
pula orang-orang Palestin? Berapa ramai yang Islam??? Berapa ramai pula yang
mukmin??? Jawablah sendiri. Sungguh saya tidak hairan seandainya saya menemui
sekelompok warga Palestin yang berlagak tidak peduli.
Ini sangat
jelas. Bumi Palestin bukan bumi mereka. Ia bumi ‘KITA’.
Ingatlah kata-kata Saidina Abu Bakar As
Siddiq.”Aku akan memerangi mereka
sendirian, hingga anggota tubuhku berserakan, aku akan memerangi mereka
sendirian, hingga batang leherku terpenggal.” Kata-kata keramat ini
diucapkan sewaktu beliau memerangi golongan yang murtad selepas kewafatan
Rasulullah SAW. Namun ekspresi dari kata-kata ini mencerminkan bahawa, andai
kata semua manusia berpangku tangan, bermalas-malasan, maka akulah yang akan
kehadapan… Sungguh ini adalah rasa tanggungjawab individual. Ya, memang benar
kita diminta beramal jamaie, namun jauh lagi kehadapan, hisab diakhirat atas
amal sendiri.-walau ‘sekadar’ boikot-
Menurut
pandangan Dr. Raghib As Sirjani, kaedah pemboikotan merupakan antara kaedah
yang perlu diambil oleh umat Islam hari ini dalam konteks mengembalikan maruah
dan kemulian Islam. Sungguh sikap tidak acuh terhadap kaedah boikot ini
mencerminkan ketidakfahaman dan ketidak pedulian yang nyata terhadap agama dan
sesama saudara. Menurut Dr. Raghib lagi, kaedah pemboikotan ini mungkin dilihat
sebagai senjata yang ampuh dan tidak dapat mengubah apa-apa. Justeru beliau
meminta umat ini melihat semula kepada fakta-fakta kuasa besar yang turut sama
menggunakan senjata boikot ini.
Menurut beliau,
pada tahun 2003, US telah memboikot barang-barang import dari Jerman ke Amerika,
yang setiap tahunnya bernilai lebih enam puluh trillion dollar. Bukan hanya
Jerman, keju Perancis juga pernah diboikot semata-mata kerana kedua-dua negara
ini pernah menentang politik yang dimainkan oleh Amerika terhadap Iraq. Lebih
dasyat lagi, seorang anggota kongres meminta untuk menggantikan nama, ‘French
Fries; menjadi ‘Free Fries’ walaupun kentang goreng itu tiada kena mengena
langsung dengan negara Perancis melainkan sekadar nama. Sungguh dasyat…Saudara
ku sayang, isu Palestin ini bukan sekadar mainan politik, bahkan jauh lebih
besar lagi…Maka dimanakah peranan umat ini bila mana ibu-ibu, anak-anak, dan
saudara-saudara kita sedang dihenyak-henyak???
Justeru, jangan
ditanya “apa yang telah mereka buat?”. Tapi tanyalah pada diri… “apa yang telah
aku lakukan???”
Harap maklum,
ini bukan kisah semalam, atau beberapa hari yang lalu, atau beberapa tahun yang
lalu… rajin-rajinlah menyemak sejarah. Bukankah maklumat kini dihujung jari??? Telah
datang khabar bumi Palestin sejak sekian kalinya, namun kita biarkan ia
menyapa-nyapa pipi umpama bayu… hanyut… dan hanyut…dan hanyut di ulit mimpi…
Ingatan untuk
saya yang selalu terleka… Janji Allah itu pasti.
“WayamkurulLah WalLahu Khairul Makirin”
P/s: Shhhh… Ramai orang sedang menjaga
periuk nasi sendiri. Bersyukur dengan periuk nasi sendiri… “Alhamdulillah,
kenyang aku hari ni…” sedang ibu dan anaknya yang sedang berjiran mati
kebuluran…
No comments:
Post a Comment