Tidaklah saya benar-benar arif tentang perjuagan dan pengorbanan beliau yang amat besar, tetapi mutiara-mutiara kata dari mulut beliau menjadi rujukan dan pedoman bagi seorang reformis ataupun pejuang-pejuang kebebasan seluruh dunia. Bukan menafikan perjuangan-perjuangan dalam sirah Islam yang tiada terbanding kemuliaan dan ketinggian nilainya, tetapi sebuah perjuangan kontemporari seperti ini juga boleh dijadikan panduan dan sempadan dalam melangkah mendepani zaman.
Pada saya, Nelson Mandela pada saya seorang pemimpin dan pejuang yang benar-benar asli pada mata jelata. Bukan kerana harta dan kedudukan beliau berada di puncak sana. Seorang pemimpin yang asli, lantang pada prinsipnya. Kuat kata-katanya, bukan pada kerasnya bersuara, tetapi pada isi dan tindakannya. Pemimpin yang asli dan sentiasa berada di sisi rakyatnya, serta ikhlas dan jujur pada amanahnya.
Pemimpin asli tidak perlu menaikkan namanya, tetapi dunia akan memandangnya nilai pengorbanannya. Mungkin pada dekad dan zaman ini, pemimpin yang asli ini tidaklah seramai mana. Yang ada kebanyakannya pemain retorik dunia. Terkenal pula kerana kejahatannya, atau rekaan-rekaan alasan untuk memperbodohan rakyat dan dunia. Dan sekali lagi ini cuma pandangan saya.
Nah... kalau saya bariskan nama-nama berikut, mungkin anda sendiri boleh mencari di mana 'Nelson Mandela' kedua, ketiga dan seterusnya jika ada... atau bakul sampahkan saja nama di bawah jika perlu.
George Bush
Putin
Obama
Mahatma Ghandi
Mahathir
Bashar al Assad
Najib
Morsi
As Sisi
Hosni Mubarak
Benjamin Netanyahu
Erdogan
hah... dan seterus seterus seterusnya....
Mereka seperti Mandela jika mereka berfikir tentang kebebasan... dan pastinya harus dalam konteks... bahkan mungkin lebih hebat dari itu... kerana jiwa yang merdeka sahaja mampu memerdekakan pemikiran dan jiwa rakyatnya dan juga hak kebebasan yang lain dan bukan 'kebebasan' dirinya semata...
For to be free is not merely to cast off one’s chains, but to live in a way that respects and enhances the freedom of others.
No comments:
Post a Comment