Hari ini melintasi suatu ringkasan video tazkirah yang sangat mantap daripada Ustaz Nouman Ali Khan. Ini merupakan topik taboo yang jarang sekali dibincangkan. Suka saya ulas beberapa perkara penting yang beliau gariskan terutama sekali dalam realiti hidup di dalam dunia teknologi dengan beberapa pengembangan fakta yang saya perolehi.
Smart phone hanya untuk orang yang 'smart' guna :) |
http://unitedfamiliesinternational.wordpress.com/2010/06/02/14-shocking-pornography-statistics/
Ia menukarkan sikap manusiawi kita kepada sikap kebinatangan sehingga menyukarkan kita untuk menundukkan pandangan. Ia merosakkan jiwa dan rohani kita sehingga rasa manis beribadah dan membuat kebaikan hilang. Memusnahkan rasa malu, merosakkan institusi pernikahan, bahkan menjurus kepada perbuatan haram seperti onani dan penzinaan. Menyedari hakikat ini, kita harus sedar bahawa kita sendiri berada di dalam suatu medan peperangan. Suatu medan yang serangannya datang dengan cara yang amat halus dan memberi kesan yang menakutkan.
Tiada yang terselamat melainkan mereka yang benar-benar bermujahadah untuk memenangkan jiwa dan keimanan masing-masing. Jika tidak, inilah yang dikatakan sebagai sindrom lemah menahan nafsu syahwat. Justeru bagi yang ketagihan dengan pornografi adakah perkahwinan menyelesaikan segalanya??? Sindrom ini amat berbahaya kerana seandainya kita sudah tidak punya malu sebelum perkahwinan, kebiasaannya kita akan kekal seperti itu juga selepas perkahwinan. Perkahwinan boleh berantakan kerana tiada kepuasan sebagai mana yang dikhayalkan.
Bagi sesetengah kita, ada yang berusaha berkali-kali untuk menghentikan tabiat tersembunyi ini (mungkin juga ada yang secara terang-terangan). Lagi dan lagi dan lagi cuba bangkit kembali. Jangan berputus asa, kecewa dan terus hanyut dengan dosa-dosa. Berikut merupakan antara perkara yang boleh kita lakukan sebagai individu;
- Cubalah untuk melihat pornografi sebagai perkara jahat dan menjijikkan
- Banyakkan berpuasa
- Pindahkan komputer anda atau lakukan tugasan di tempat yang terbuka
- Jangan berkunci di dalam bilik
- Tidur di awal waktu apabila tiada lagi perkara berfaedah yang ingin dilakukan
- Sibukkan diri dengan beraktiviti
- Berkawan dengan teman yang baik
- Elakkan bertemu dengan individu yang menaikan syahwat
- Berdoalah untuk terus kuat mendepani kehidupan yang penuh dugaan
Tiada lagi yang lebih berharga yang perlu kita lindungi melainkan iman kita. Semoga semua berjaya!
No comments:
Post a Comment