“Kecuali orang- orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang- al-furqan:70
Sambungan….
Apa yang membezakan maksiat Adam a.s dan Iblis adalah bahawa
dengan kesalahan itu moyang kita Adam a.s bertaubat kepada Allah SWT. Sedang
Iblis pula terus berlaku sombong dan bongkak. Iblis bahkan menolak perintah
Rabbnya, memberikan pandangan yang jelas berbeza, tidak tunduk pada perintah Allah
SWT dan memutuskan sesuatu mengikut kehendaknya. Allah SWT berfirman yang
bermaksud;
Dan tidak patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan suatu ketetapan, aka nada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasulNya, maka sungguhlah dia telah sesat, dalam kesesatan yang nyata”-al-ahzab:36
Dan sebagai anak cucu Nabi Adam a.s, seharusnya kita
mencontohi baginda dengan kembali bertaubat kepada Allah atas
kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan.
………………………..
Di dalam syurga Allah SWT, Nabi Adam a.s berada dalam segala
macam keindahan, berpakaian lengkap, bersenang lenang, dipenuhi segala
kelengkapannya tanpa perlu susah payah, bahkan ditemani oleh pasangannya Hawa.
Dan tatkala keduanya melanggari perintah Allah SWT dengan
memakan buah larangan, terbukalah auratnya tanpa pakaian...
bersambung...
No comments:
Post a Comment