Thursday, April 22, 2010

TEN HOURS JOURNEY-PART 1

TAK KENAL MAKA TA’ARUF

“Mohd Azzamuddin - Nama ana Mohd Azzamuddin. Ana mengajar di sebuah sekolah cina berhampiran.” Begitulah ramah orang nya memperkenalkan diri.

“Sebelum apa2.. Ana nak bagi tahu sebenarnya ana lagi muda dari antum…”

Petah sungguh mulutnya berbicara, melayan kami yang baru tiba. Berbual dengannya bagai kan sudah belasan tahun kami berkenalan. Lagi dia menambah.

“Tentu syeikh2 semua ni lagi hebat… siapalah ana… duduk kampung jer..”

Sangat merendah diri walaupun dimata kami dia seorang yang terlalu berbudi pekerti. Akhi Azzamuddin, yang baru berusia 19 tahun, dengan melihat susuk gayanya pasti ramai menyangkakan beliau berusia lewat 20-an atau 30-an. Apabila berkata-kata, langsung tidak melambangkan usianya yang masih muda. Hatta hingga ke hari inipun hanya seorang sahaja yang berjaya meneka usianya.

Petang itu, segala kelelahan dalam perjalanan bagaikan hilang dibalik sambutan mesra daripada adik Azzam. Sementara menunggu sahabat-sahabat yang lain tiba, kami dikisahkan dengan bingkisan pengalam da’wah beliau di sekolah tempat beliau mengajar. Tiap tutur katanya mengundang perhatian. Tiap butir bicaranya kadangkala membuatkan kami segan.. Hati kecil saya berbicara… “Alangkah malunya berhadapan dengan anak muda yang sangat berwawasan ni.. Sangat cerdik… Subahanallah.. memang usia tidak membataskan pemikiran…benarlah sabda Baginda nabi Muhammad saw yang bermaksud, Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan, ia diberi faham akan deenNya..”

Petang itu sulaman ukhuwwah yang terjalin, membawakan kami ke dimensi baru. Dimensi yang menyuburkan iman. Bagi saya yang baru berjinak-jinak untuk mendekati Islam yang hakiki, yang baru bertatih-tatih mengenal da’wah, apatah lagi masih terkial-kial menyusun langkah. Pertemuan itu membibitkan cinta. Ya! Cinta! Tak kenal maka ta’aruf, sudah ta’aruf, barulah cinta!


PERSAUDARAAN

Walaupun mata meminta lelap, walau badan mengadu letih, namun hati masih bertenaga. Apatah lagi apabila menatap wajah sahabat-sahabat yang baru tiba. Sejurus kemudian kami dibawa ke sebuah surau berhampiran untuk bersolat dan makan malam. Hangat terasa ikatan hati yang terjalin biarpun tak pernah sekali bersua muka. . Di surau tersebut kami telah disambut oleh beberapa orang pakcik yang memang telah lama menunggu.Telah saya rasakan bahawa inilah persaudaraan yang paling hakiki. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Hujurat ayat 10;

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat

Kita bersaudara! Selagi mana kita meyakini kepada akidah yang sama, mentauhidkan Allah, menjaga hubungan kita keranaNya, insyaAllah disitulah letaknya kemanisan persaudaraan sesama manusia.
“Akhi, makan - all had been prepared…“
Kami bersyukur...

Wednesday, April 14, 2010

UMAT DA’WAH DAN UMAT RISALAH


AL KISAH
Dia adalah rahmat bagi seluruh alam. Dia penutup segala Rasul. Dia tidak pandai membaca mahupun menulis.  Tetapi mulutnya telah mengucapkan kata-kata yang tidak terluah oleh manusia biasa. Dia telah mengorbankan harta kekayaannya. Dia telah mengorbankan usia dan tenaga selama 23 tahun untuk menegakkan agama Allah. Bekali-kali nyawanya dicabar. Tapi dia selamat. Siapakah dia???
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“….dan Allah jualah akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia…” (Al Maidah: 67)
Dial ah baginda Nabi Muhammad SAW yang telah memuliakan manusia dengan pekerti dan akhlak yang terpuji. Yang telah menyempurnakan risalah dan menjadi qudwah semua manusia. Hatta ramai yang telah jatuh cinta kepadanya… Sehingga seketika wafatnya baginda Umar Al-Khatab sendiri nyaris tersilap dalam mengungkapkan kata-kata.
“Nabi Muhammad tidak mati”
Untunglah Abu Bakar memberikan peringatan…
“Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Dan barang siapa yang menyembah Allah, Allah selamanya tetap hidup.”
Maka apakah sudah berakhir kisah perjuangan hebat ini???        
Tidak sama sekali! Baginda ArRasul telah meninggalkan kita dengan khazanah yang agung iaitu Al-Quran dan Sunnah. Mengapa? Kerana dengannyalah generasi seterusnya bakal menyambung da’wah dan risalah baginda sehingga tertegaknya Islam menyinari alam. Dengannya juga kita tidak akan sesat selamanya.
Umat ini telah mentashdiqkan dengan hatinya dan mengikrarkan dengan lidahnya, dan telah mengikuti perbuatan dan kepercayaanya;
“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad pesuruh Allah”
Dan mereka telah menyatakan kerelaan;
“Aku redha Allah sebagai tuhanku, islam sebagai agama ku, dan Muhammad sebagai nabi dan Rasul”

SERUAN
Tugas ini bukan mudah. Tugas ini berat namun sangat mulia. Untuk menyandangnya bukanlah sesuatu yang sewenang-wenangnya. Terlebih dahulu haruslah menyesuaikan diri, mengerjakan suruhan dan menghentikan larangan. Dikerjakan dahulu sebelum menyuruh orang lain mengerjakan. Dihentikan sebelum orang lain dicegahnya. Matang hendaknya pengaruh ajaran Muhammad itu terpancak dalam jiwanya, sehingga tidak terasa kecil dan hina didunia melainkan dihadapan penciptanya, Allah SWT.
Kejap…kejap…Kejap….
“tetapi bang saya, tak cukup ilmu…. Banyak buat dosa…. Arghhh….”
Ya… memang itulah hakikatnya… tidak cukup ilmu, banyak buat dosa…dan banyak lagi alas an-alasan yang boleh kita berikan.
Apa kata abang…???”Perbaikilah diri mu dan serulah orang lain”…tidak mahukah kita berubah?  tidak mahukah kita menjadi salah satu tonggak-tonggak yang menegakkan semula kalimah Allah? Tidak mahukah kita menjadi ahli syurga? Tidak mahukah kita bersua dengan Allah dan kekasihnya Muhammad? Yakinlah jalan untuk merasai dan menjiwai Islam kadangkala memerlukan paksaan jiwa. Mana mungkin dapat kita menyuruh tetapi tidak melaksanakan melainkan kita sendiri yang tersipu malu… (Aku melaui dan merasai~) moga dengannya  Allah memberikan taufiq dan hidayahnya kepada kita…. Ya Allah sesungguhnya jiwa ini sangat lemah… sangat sukar untuk berubah…. Wahai yang Membolakbalikkan hati, tetapkanlah hati kami atas deen mu dan ketaatan kepada Mu… Tiadalah yang dapat memberikan hidayah melainkan Dia yang menjadi Empunya segala sesuatu… termasuklah jiwa ini…

Monday, April 12, 2010

RENUNGAN SEBUAH KISAH DI BUMI BERTUAH

BERTUAHNYA KITA




“Bertapa bertuahnya kita di bumi Malaysia” , “ Negeri kita ni dah aman dan damai.”, “Makmurnya negara ini.” dan bermacam-macam lagi yang pernah kita dengar terpacul dari mulut sahabat-sahabat kita. Begitu jugalah apa yang sering kita luahkan. Dan seharusnya kita bersyukur atas kurniaan Allah SWT kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya dapat kita kecapi kemakmuran yang tidak ternilai ini.

Pernah juga pada suatu hari saya terdengar dari seorang sahabat “ Pak Arab (student di universiti saya) kat atas tu ada tulis kat papan putih dia, bumi Malaysia ni ibarat syurga dunia (tapi tulisan arab la)”. Begitu juga dengan seorang sahabat saya dari Jordan suatu ketika dahulu yang pernah meluahkan perasaannya “I never seen anybody arguing and fighting each other since I was here (Malaysia)..” Tentu sekali berbunga bangga hati saya. Ye lah… orang dah puji negera kita la katakan…

Tidak cukup dengan itu, kita pula bebas kemana-mana tanpa pedulikan keselamatan kita (walaupun kadang2 berlaku jenayah). Sering pula kita menjelajah, jaulah, ziarah dan sebagainya menikmati bumi Allah dan mengeratkan ukhuwwah sesama kita. Lebih indah lagi apabila musim perayaan tiba. Semua insane pulang kekampung halaman dan berjumpa sanak saudara.



HAKIKAT TANAHAIR

Sedarkah kita hakikat tanah air kita yang sebenarnya? Telah sekian lama kita dimaklumkan dan diberitahu tentang bertapa pentingnya mencintai tanah air, membela atas tiap inci tanah yang dinodai, malah menentang sehingga ketitisan darah terakhir sekiranya mahu dijajah lagi! Mana mungkin kita menyerahkan negara yang makmur ini kepada orang lain. Bahkan sudah jenuh kita dikisahkan dengan kepahlawanan tokoh-tokoh yang telah berhempas pulas membebaskan tanah air ini.

Mari kita melihat pula dari sisi yang lebih luas. Dari sudut yang lebih mencapah dan dari pandangan yang terbuka. Bagaimana pula kalau saya katakan bahawa hakikat tanah air yang seharusnya kita cintai bukan sahaja dibumi Malaysia? Bahkan semua tempat yang mana seruan Islam bergema, apatah lagi dibumi para anbiya’ dan juga tanah-tanah suci umat Islam khususnya. Betapa hari ini kita telah jauh terleka dan terbuai dengan kenikmatan hidup yang kita kecapi sehinggakan tanahair yang berasaskan persaudaraan, aqidah dan ketauhidan kepada Allah SWT kita lupakan!

Ingat kah kita lagi (atau tahukah kita??) kepada kisah seorang wanita yang diganggu oleh musuh Islam sehinggakan khalifah ketika itu menhantar utusan yang menggentarkan jiwa2 sesiapa sahaja yang mendengar.. “…tentera yang paling hadapan berada dihadapan mu, dan tentera yang paling belakang berada di hadapan ku!..” Ingat kah kita??? Sungguh terbela maruah seorang muslimah ketika itu. Tetapi hakikat pada hari ini, apabila bumi Palestin dijarah, dinodai dan dicemari. Dan apabila makam Nabi Ibrahim digazetkan sebagai milik yahudi! Kemana kita? Apa yang telah kita lakukan? Dimana sikap peduli kita? Fikir-fikirkanlah.



BAYANGKAN…

Pernahkah kita terfikir seandainya suatu hari nanti isteri kita diganggu orang. Jangankan kata diganggu, dikenyit mata sahaja sudah cukup membuatkan kita merah padam dan barangkali satu tumbukan padu dan paling mantap hinggap tepat kemuka pengganggu tadi (Sekadar membayangkan, moga dijauhkan Allah SWt ). Jangankan orang bukan Islam, bahkan kalau yang menggangu itu sahabat paling karib sekalipun tidak terlepas daripada mencium penumbuk kita. “Ha… Rasakan!!!”

Inikan pula bumi Palestin, tempat letaknya kiblat pertama umat Islam, bumi anbiya’, tanah tempat dimi’rajkan baginda Muhammad saw. Tempat dimana baginda Rasulullah, KEKASIH kepada Allah mengimamkan para Nabi, juga tempat dimana kita harus impikan untuk bersolat.. Masjidil Aqsa yang mulia, tempat dimana ganjaran pahala 500 kali berbanding solat dimasjid-masjid lain kecuali masjidilharam di Makkah dan masjidnabawi di Madinah!

Sudahkah kita ingat(atau tahu)???

Saturday, April 3, 2010

LANGKAH BERMULA

Sekadar muqadimah dari insan yang baru bermula. Setiap permulaan tercipta dari langkah yang pertama. Permulaan satu garisan merupakan permulaan dari satu titik. Sehingga tersambung-sambung membentuk rupa dan ciri. Menjadi hiasan kanvas lalu diwarna cantik. Namun terkadang dakwatnya tumpah...terpaksa dicuci...dicuci lagi... Moga permulaan ini permulaan yang benar supaya tidak futur dikemudian hari.. Supaya hati ini lebih thabat, lebih bertanggungjawab dan lebih berjaga-jaga...

Sesungguhnya permulaan itu boleh jadi kerana iman dan boleh jadi kerana nafsu... Dua dorongan besar dalam jiwa seorang hamba. Andai kata tergelincir kepada salah satunya, pasti terhitung sampai ke 'sana'. Namun untuk satu permulaan yang panjang dan dipayungi redha Illahi bukan perkara yang mudah. Sememangnya banyak jiwa yang telah tumpas berguguran seperti dedaun kering.. Namun (sekali lagi), bukan juga dengan alasan 'tak cukup ilmu la...', 'nanti sesat plak..', 'boleh ke??', 'bid'ah ini sume..!', hatta menjadikan kita bermalas-malasan dalam meneroka keislaman kita.. Cuai dalam mengenal matlamat dan alat... Cuai dalam mengenal diri sendiri... Sedar ataupun tidak kita sedang menuju ke negeri abadi.!!!

Jadi permulaan ini khusus buat diri ini yang mengharap...

"Marilah beriman sejenak kerana sesungguhnya hati itu lebih mudah berbolak balik daripada masakan dalam periuk yang sedang mendidih di atas api "