Wednesday, April 14, 2010

UMAT DA’WAH DAN UMAT RISALAH


AL KISAH
Dia adalah rahmat bagi seluruh alam. Dia penutup segala Rasul. Dia tidak pandai membaca mahupun menulis.  Tetapi mulutnya telah mengucapkan kata-kata yang tidak terluah oleh manusia biasa. Dia telah mengorbankan harta kekayaannya. Dia telah mengorbankan usia dan tenaga selama 23 tahun untuk menegakkan agama Allah. Bekali-kali nyawanya dicabar. Tapi dia selamat. Siapakah dia???
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“….dan Allah jualah akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia…” (Al Maidah: 67)
Dial ah baginda Nabi Muhammad SAW yang telah memuliakan manusia dengan pekerti dan akhlak yang terpuji. Yang telah menyempurnakan risalah dan menjadi qudwah semua manusia. Hatta ramai yang telah jatuh cinta kepadanya… Sehingga seketika wafatnya baginda Umar Al-Khatab sendiri nyaris tersilap dalam mengungkapkan kata-kata.
“Nabi Muhammad tidak mati”
Untunglah Abu Bakar memberikan peringatan…
“Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Dan barang siapa yang menyembah Allah, Allah selamanya tetap hidup.”
Maka apakah sudah berakhir kisah perjuangan hebat ini???        
Tidak sama sekali! Baginda ArRasul telah meninggalkan kita dengan khazanah yang agung iaitu Al-Quran dan Sunnah. Mengapa? Kerana dengannyalah generasi seterusnya bakal menyambung da’wah dan risalah baginda sehingga tertegaknya Islam menyinari alam. Dengannya juga kita tidak akan sesat selamanya.
Umat ini telah mentashdiqkan dengan hatinya dan mengikrarkan dengan lidahnya, dan telah mengikuti perbuatan dan kepercayaanya;
“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad pesuruh Allah”
Dan mereka telah menyatakan kerelaan;
“Aku redha Allah sebagai tuhanku, islam sebagai agama ku, dan Muhammad sebagai nabi dan Rasul”

SERUAN
Tugas ini bukan mudah. Tugas ini berat namun sangat mulia. Untuk menyandangnya bukanlah sesuatu yang sewenang-wenangnya. Terlebih dahulu haruslah menyesuaikan diri, mengerjakan suruhan dan menghentikan larangan. Dikerjakan dahulu sebelum menyuruh orang lain mengerjakan. Dihentikan sebelum orang lain dicegahnya. Matang hendaknya pengaruh ajaran Muhammad itu terpancak dalam jiwanya, sehingga tidak terasa kecil dan hina didunia melainkan dihadapan penciptanya, Allah SWT.
Kejap…kejap…Kejap….
“tetapi bang saya, tak cukup ilmu…. Banyak buat dosa…. Arghhh….”
Ya… memang itulah hakikatnya… tidak cukup ilmu, banyak buat dosa…dan banyak lagi alas an-alasan yang boleh kita berikan.
Apa kata abang…???”Perbaikilah diri mu dan serulah orang lain”…tidak mahukah kita berubah?  tidak mahukah kita menjadi salah satu tonggak-tonggak yang menegakkan semula kalimah Allah? Tidak mahukah kita menjadi ahli syurga? Tidak mahukah kita bersua dengan Allah dan kekasihnya Muhammad? Yakinlah jalan untuk merasai dan menjiwai Islam kadangkala memerlukan paksaan jiwa. Mana mungkin dapat kita menyuruh tetapi tidak melaksanakan melainkan kita sendiri yang tersipu malu… (Aku melaui dan merasai~) moga dengannya  Allah memberikan taufiq dan hidayahnya kepada kita…. Ya Allah sesungguhnya jiwa ini sangat lemah… sangat sukar untuk berubah…. Wahai yang Membolakbalikkan hati, tetapkanlah hati kami atas deen mu dan ketaatan kepada Mu… Tiadalah yang dapat memberikan hidayah melainkan Dia yang menjadi Empunya segala sesuatu… termasuklah jiwa ini…

No comments:

Post a Comment