Pernah juga pada suatu hari saya terdengar dari seorang sahabat “ Pak Arab (student di universiti saya) kat atas tu ada tulis kat papan putih dia, bumi Malaysia ni ibarat syurga dunia (tapi tulisan arab la)”. Begitu juga dengan seorang sahabat saya dari Jordan suatu ketika dahulu yang pernah meluahkan perasaannya “I never seen anybody arguing and fighting each other since I was here (Malaysia)..” Tentu sekali berbunga bangga hati saya. Ye lah… orang dah puji negera kita la katakan…
Tidak cukup dengan itu, kita pula bebas kemana-mana tanpa pedulikan keselamatan kita (walaupun kadang2 berlaku jenayah). Sering pula kita menjelajah, jaulah, ziarah dan sebagainya menikmati bumi Allah dan mengeratkan ukhuwwah sesama kita. Lebih indah lagi apabila musim perayaan tiba. Semua insane pulang kekampung halaman dan berjumpa sanak saudara.
HAKIKAT TANAHAIR
Sedarkah kita hakikat tanah air kita yang sebenarnya? Telah sekian lama kita dimaklumkan dan diberitahu tentang bertapa pentingnya mencintai tanah air, membela atas tiap inci tanah yang dinodai, malah menentang sehingga ketitisan darah terakhir sekiranya mahu dijajah lagi! Mana mungkin kita menyerahkan negara yang makmur ini kepada orang lain. Bahkan sudah jenuh kita dikisahkan dengan kepahlawanan tokoh-tokoh yang telah berhempas pulas membebaskan tanah air ini.
Mari kita melihat pula dari sisi yang lebih luas. Dari sudut yang lebih mencapah dan dari pandangan yang terbuka. Bagaimana pula kalau saya katakan bahawa hakikat tanah air yang seharusnya kita cintai bukan sahaja dibumi Malaysia? Bahkan semua tempat yang mana seruan Islam bergema, apatah lagi dibumi para anbiya’ dan juga tanah-tanah suci umat Islam khususnya. Betapa hari ini kita telah jauh terleka dan terbuai dengan kenikmatan hidup yang kita kecapi sehinggakan tanahair yang berasaskan persaudaraan, aqidah dan ketauhidan kepada Allah SWT kita lupakan!
Ingat kah kita lagi (atau tahukah kita??) kepada kisah seorang wanita yang diganggu oleh musuh Islam sehinggakan khalifah ketika itu menhantar utusan yang menggentarkan jiwa2 sesiapa sahaja yang mendengar.. “…tentera yang paling hadapan berada dihadapan mu, dan tentera yang paling belakang berada di hadapan ku!..” Ingat kah kita??? Sungguh terbela maruah seorang muslimah ketika itu. Tetapi hakikat pada hari ini, apabila bumi Palestin dijarah, dinodai dan dicemari. Dan apabila makam Nabi Ibrahim digazetkan sebagai milik yahudi! Kemana kita? Apa yang telah kita lakukan? Dimana sikap peduli kita? Fikir-fikirkanlah.
BAYANGKAN…
Pernahkah kita terfikir seandainya suatu hari nanti isteri kita diganggu orang. Jangankan kata diganggu, dikenyit mata sahaja sudah cukup membuatkan kita merah padam dan barangkali satu tumbukan padu dan paling mantap hinggap tepat kemuka pengganggu tadi (Sekadar membayangkan, moga dijauhkan Allah SWt ). Jangankan orang bukan Islam, bahkan kalau yang menggangu itu sahabat paling karib sekalipun tidak terlepas daripada mencium penumbuk kita. “Ha… Rasakan!!!”
Inikan pula bumi Palestin, tempat letaknya kiblat pertama umat Islam, bumi anbiya’, tanah tempat dimi’rajkan baginda Muhammad saw. Tempat dimana baginda Rasulullah, KEKASIH kepada Allah mengimamkan para Nabi, juga tempat dimana kita harus impikan untuk bersolat.. Masjidil Aqsa yang mulia, tempat dimana ganjaran pahala 500 kali berbanding solat dimasjid-masjid lain kecuali masjidilharam di Makkah dan masjidnabawi di Madinah!
Sudahkah kita ingat(atau tahu)???
No comments:
Post a Comment