Friday, May 11, 2012

PAKU, BATU DAN AKU

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki yang berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berikanlah wasiat padaku!" Nabi s.a.w. menjawab: "Janganlah engkau marah." Orang itu mengulang-ulangi lagi permintaan wasiatnya sampai beberapa kali, tetapi beliau s.a.w. tetap menjawab: "Janganlah engkau marah." (Riwayat Muslim)


Demikian lah apa yang dipesan oleh baginda Ar-Rasul saw. Sekadar berkongsi sebuah kisah. Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Suatu hari ibunya menghadiahkan sebungkus paku. Said tertanya-tanya “untuk apa?”. Kata ibunya, “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di depan rumah mu”…

Dipendekkan cerita, semakin hari berlalu bertambah banyaklah paku-paku yang bercacak pada tembok batu tersebut sehinggalah Said dapat mengawal kemarahannya dan tidak memaku lagi. Kali ini si ibu berpesan “Said, setiap hari  yang berlalu tanpa kemarahan, kamu cabutlah paku didinding itu satu persatu…” dan Said melakukannya. Hari beganti hari kesemua paku itu berjaya dicabutnya.

Melihat kepada perkara itu, Said memberitahu ibunya. Dengan tenang si ibu memimpin said kearah tembok batu tersebut. “Kau telah melakukan dengan baik anakku, tapi lihatlah lubang2 ini. Ianya tidak akan sama seperti dahulu. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu, ia akan meninggalkan kesan, sama seperti lubang-lubang ini. Seberapa banyak pun kau meminta maaf, lukanya tetap sama bahkan luka dihati lebih pedih lagi.

Sekadar menginsafi diri… barangkali tiada ubat khusus kepada yang dah terluka, tapi mungkin inilah hadiah bahasa yang mampu KITA beri…
…Buat sahabat, teman, kenalan, ayah, ibu, keluarga dan orang-orang yang  saya kenali…
  1. “Terima kasih atas taburan budi dan pengorbanan yang diberi”
  2. “Semoga kalian sentiasa dalam keberhasilan dan dirahmati”
  3. “Sungguh cinta dan sayang ini moga2 kerana Illahi”
  4. “Maafkan saya atas salah dan silap selama ini”
  5. “Ingatan saya kepada kalian membawa rindu dan merupakan hadiah yang besar dari Illahi”
Indahnya kalau kata-kata ini boleh diungkap secara realiti dan menutup ego di hati…

(Diolah oleh Aku dari kitab Riyadhussolihin Imam Nawawi, penulisan Ustaz Syed Norhisyam dan karya ‘Atif Abdul ‘Id…credit to them …)

No comments:

Post a Comment