Tuesday, May 1, 2012

Saya 'katak' tak???

Dari segi istilahnya, perkataan tarbiyah boleh dilihat melalui dua perspektif iaitu dari segi epistimologinya dan juga dari maknanya... (epistimologi ini adalah dalam konteks akar atau asas kepada sesuatu/juga dilihat dalam konteks 'ilmu')...

Secara umum, tarbiyah dapat dikembalikan kepada 3 kata kerja yg berbeza, yakni:
  1. Rabaa-yarbuu yg bermakna namaa-yanmuu, artinya berkembang.
  2. Rabiya-yarbaa yg bermakna nasya-a, tara’ra-a, artinya tumbuh.
  3. Rabba-yarubbu yg bermakna aslahahu, tawallaa amrahu, sasa-ahuu, wa qaama ‘alaihi, wa ra’aahu, yang artinya masing memperbaiki, mengurus, memimpin, menjaga dan memeliharanya (atau mendidik).
Ok... masih kurang faham... actually, yang ni dari konteks epistimologi yang saya petik dari wikipedia....

Mudahnya tarbiyah dari segi makna membawa kepada maksud pendidikan atau pembinaan... Suatu proses yang kadangkala mudah dan kadangkala sangat panjang... siapakah yang perlu melalui proses ini??? Persoalan ini sangat menarik untuk kita rungkai bersama...

Imam Hasan Al-Banna mengajak KITA untuk menolehkan pandangan pada tarbiyah... Ini beerti setiap daripada kita tidak terlepas daripada melalui proses tarbiyah..Beliau menegaskan lagi akan pentingnya keteguhan setiap individu terhadap tarbiyah dan mujahadah’ (kesungguhan) sehingga menjadi tiang yang kukuh dan generasi yang sempurna...

Seiring dengan tarbiyah ialah mujahadah... tarbiyah menuntut mujahadah dan mujahadah itu tidaklah mudah!... Sebagai seorang individu saya juga akui bahawa dalam membina diri, memerlukan pengalaman yang panjang... pengalaman mematangkan insan, pengalaman membina keyakinan dan pengalaman memberikan kita hikmah dalam membuat keputusan. Dalam meniti pengalaman usia itu juga tidak semestinya kita tepat dalam menilai... lantaran hilangnya kesungguhan, kita akan terperosok kedalam kesilapan demi kesilapan. Maka tiadalah erti lagi pada pengalaman walau ruh dan jasad bertaut seribu tahun sekalipun di bumi Tuhan.... Kita sendiri dikisahkan tentang penyaksian syaitan. Panjaaaaannnngggg usianya... tetapi sungguh2 sesat lagi  menyesatkan...

Maka disini, perlu dan perlu kita melalui proses pentarbiyahan yang rapi... proses pendidikan yang tersusun, dan proses pembinaan yang mampu membina insan. Proses pentarbiyahan yang mampu membina semangat mujahadah... Maka dengan mujahadah itu mampu membina tarbiyah dzatiyah... Maka dengan segala apa dugaan yang datang, pasti tidak akan tumbang-tumbang. Kalaupun rebah, lekas terus kaki bangun melangkah...


Umat ini hakikatnya sudah lama tenggelam dengan suasana (tidak terlepas juga diri saya yang hina).... Bimbang kalau terus-terusan di dalam bekas jahiliyyah akan lenyap sama dengan dunia. Teringat akan saya kisah katak yang dimasukkan ke dalam air panas... terus ia melompat keluar... umat ini tidak mungkin menurut suasana dengan tiba-tiba, maka jahiliyah itu diresapkan ke dalam tubuh umat ini sedikit demi sedikit... ibarat katak yang dimasukkan kedalam bikar.. kemudian dipanaskan perlahan-lahan... kasihaaaannnn katak. Terus beradaptasi dengan suhu airnya, sehingga akhirnya mati dimasak tanpa disedari olehnya.

Saya terfikir lagi... umat ini perlukan solusi... sudah berkurun lama kita dicorakkan oleh Barat... Revolusi industri telah membuang roh agama... dicampakkan saja nilai ke sisi... maka ideologi pembangunan manusia berteraskan duniawi menjadi agenda... Medan pendidikan berteraskan dualisme dan sekularisme merebak ke serata dunia... mereka, mengembara membawa idea dan pemikiran sebegini... maka sistem pendidikan anak-anak kita hari ini terus dicorakkan dengan keduniaan... pendidikan untuk ekonomi.... pendidikan untuk menjadi kuli... pendidikan untuk kepentingan peribadi... hiduplah insan nafsi-nafsi....

"ohhh... kan ada subjek agama dan moral..??? tak cukup lagi ke???".... Jawapan saya..."ambil cermin dan lihat lah diri.... untunglah kita andainya kita produk yang menjadi..."

Teringat kata-kata Dr Tareeq Ramadhan...
 "Philosophy is to ask questions, Religion is to find answers, and Education is to share..."

Andai kata dibuang agama, atau dilihat sebagai sesuatu yang berbeza dengan permasalahan dunia... maka tinggallah kita dengan persoalan demi persoalan....jesteru apa lagi yang boleh dikongsikan dalam pendidikan???

No comments:

Post a Comment