Tuesday, March 27, 2012

Man In The Mirror Lyrics (Raef Cover) Michael Jackson




I’m going to make a change,
For once in my life….
It’s going to feel real good,
Going to make a difference
Going to make it right!
As I, turn up the collar on
My favorite winter coat
This wind is blowing my mind
I see the kids in the street
With not enough to eat
Who am I to be blind?
Pretending not to see their needs…
A summer disregard,a broken bottle top
And a one man soul


They follow each other on the wind you’ll know
Because they got nowhere to go
That’s why I want you to know!
I’m starting with the man in the mirror!
I’m asking him to change his ways!
And no message could have been any clearer!
If you want to make the world a better place
Take a look at yourself, and then make a change!

I’ve been a victim of a selfish kind of love
It’s time that I realize…
There are some with no home, not a nickel to loan!
Could it be really me, pretending that they’re not alone?
A willow deeply scarred…somebody’s broken heart
And washed-out dreams
They follow the pattern of the wind you’ll see
Because they got no place to be
That’s why I’m starting with me!
I’m starting with the man in the mirror!
I’m asking him to change his ways!
And no message could have been any clearer!
If you want to make the world a better place
Take a look at yourself, and then make a change!
I’m going to make a change….for once in my….life.
  
"Psstttt....come here...you know, Allah SWT stated in the Quran, chapter 13, verse number 11...that..."
Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves.
So lets change the world by changing our self first!... =)

Friday, March 23, 2012

"Orang jahat semestinya berdosa, orang berdosa tak semestinya jahat"..huh?

Pertama kali saya ditanya akan soalan ini...

"Orang jahat semestinya berdosa, orang berdosa tak semestinya jahat.. apa pendapat awak???"

..."Ok.. sangat tak setuju... orang berdosa mesti dia dah buat jahat..." jawab saya ringkas... sengaja mahu memulakan perbincangan dan melihat pandangan orang yang bertanya...

"Emm... pada saya orang  yang berdosa tak semestinya jahat... orang baik pon ada yang menipukan??? Kita lihat contoh yang lain...askar yang mempertahankan negara buat benda baikkan? tapi mereka perlu bunuh orang (barangkali bermaksud ini perbuatan yang 'jahat'...)...



Saya katakan ".. ini persoalan niat dan tujuan sebenarnya... saya ambil contoh orang yang berzina dan orang yang sudah berkahwin, kedua-duanya melakukan persetubuhan... Tetapi orang yang berkahwin mendapat pahala kerana perbuatannya itu dianggap ibadah.. Orang yang berzina pula mendapat dosa dan perbuatannya dianggap hina disisi Allah... Perbuatan yang sama, tetapi nilainya jauh berbeza.."

Banyak sebenarnya yang ingin saya kupas, tetapi masa tidak mengizinkan saya dan beliau berlalu pergi... Wallahu'alam... tidak pasti sama ada beliau faham atau tidak apa yang ingin saya utarakan...

Kalau punya kesempatan masa ingin saya nyatakan sekiranya orang yang baik itu menipu, maka pastinya dia bukanlah orang yang baik pada hakikatnya, melainkan hanya bertopeng kepada kebaikan... dianggap sahaja baik, tetapi hakikatnya hanya dusta dan kejahatan...jadi orang seperti ini JAHAT dan BERDOSA kerana menipu dengan mempamerkan kebaikan... bahkan inilah sifat-sifat munafik yang sangat-sangat dikeji dan telah dinyatakan dalam al Quran...Lihat sahaja dalam surah al Baqarah ayat ke 8-10 yang bermaksud...


8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Al kisah tentera yang membunuh itu, mungkin telah saya jawab dengan perumpamaan yang ringkas sebagaimana di atas...seorang yang pejuang di jalan Allah membunuh atas dasar mempertahankan maruah, menegakkan Islam dan mempertahankan diri dari penindasan tentulah mendapat ganjaran pahala disisi Allah dan dilihat sebagai amalan yang sangat mulia... diangkat pula sebagai syuhada dan disanjungi pula sebagai pejuang sejati... lantaran niatnya ikhlas dan tulus kerana Allah... Dalam masa yang sama seorang Zionis Israel melaksanakan tuntutannya sebagai tentera Israel dan melaksanakan pembunuhan... dihatinya tersemat benci dan kerakusan... tentu sekali tindakannya itu merupakan suatu penindasan dan mendapat kutukan daripada Allah SWT... sedang kedua-dua nya membunuh... (sengaja saya tidak berikan jawapan ini kerana tidak mahu dilihat ekstrem..."heh???")...

Inilah yang saya katakan tadi sebagai persoalan niat dan tujuan... dalam kitab hadith 40 Imam an Nawawi ada disebutkan hadith yang berbunyi;

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya.."

Bahkan niat ini perlulah benar dalam erti kata untuk Islam dan mencari keredhaan Allah dan Rasulnya semata-mata...

Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : ' Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan terselamatlah darah dan harata benda mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah Ta'ala. '
Saya bukanlah orang yang 'alim dalam membicarakan hadith, sekadar memetik kata-kata agar kita dapat berfikir tentang persoalan menumpahkan darah sebagaimana perkara diatas... Persoalan niat ini sangat panjang jika mahu dikarangkan disini kerana ianya sangatlah halus dan tersembunyi....semuanya terserah kepada penilaian Allah SWT keatas amal-amal kita..hal ini telah saya kisah kan dalam penulisan yang lalu...

Kembali semula kepada persoalan diatas, kita perlu jelas apa yang dikatakan 'kebaikan' dan apa yang dikatakan sebagai 'kejahatan'...

Tidak dinafikan ada antara manusia yang akhlaknya, tingkah lakunya sangat-sangat molek dan cantik... melaksanakan pelbagai kebaikan, bahkan tidak pernah menipu sama ada secara nyata ataupun tersembunyi... tetapi dia seorang kafir...(menyembunyikan hakikat kebenaran dengan menyembah Tuhan selain Allah..).. Hakikatnya dia seorang yang sangat baik, dan dipandang mulia di mata manusia... malangnya melakukan perbuatan yang sangat berdosa disisi Allah... perbuatan mensyirikkan Allah yang mana lebih jahat dari segala kejahatan... perkara ini ada dibincangkan dengan panjang lebar dalam buku Abu a'la al Maududi yang bertajuk Asas-Asas Islam...

Kesimpulannya, kebaikan pada penilaian manusia jika sama dengan penilaian Allah, ini ialah kebaikan. kebaikan pada penilaian manusia, jika tidak sama dengan penilaian Allah, ini ialah keburukan. Keburukan pada penilaian manusia jika sama dengan penilaian Allah, ini ialah keburukan. Keburukan pada penilaian manusia jika tidak sama dengan penilaian Allah, ini ialah kebaikan...

Sedang hakikatnya tiadalah sesuatu pun yang ditetapkan Allah ketas manusia itu melainkan semuanya adalah untuk kebaikan...

Emmm...mungkin anda perlu hadamkan penulisan saya ini... takut salah dalam memahamkan... Tidaklah sampai saya mengatakan orang berdosa adalah kafir... perlu kita sedar, orang yang berdosa pun boleh melakukan kebaikan... sedang amalnya itu nilaian Allah SWT... kadangkala amalnya yang kecil dan ikhlas itu menghapuskan dosanya yang bertimbun tinggi... Sedang seorang yang banyak amalnya juga belum tentu selamat, sehinggalah dipanggil dihujung nyawa nanti...

Saya meminta maaf seandainya berlaku kesilapan dalam melaksanakan penulisan ini dan berharap Allah SWT menerimanya sebagai amal yang soleh....