Friday, March 16, 2012

Hati kecil ku berkata... "Ini kisah CINTA!"

 


Perhatikan sekeliling kita. Awan yang berarak, bayu yang bertiup lembut, bumi yang subur dan menghijau, unggas yang berterbangan… Bukan hanya pada yang melata sahaja, nun jauh diatas sana, dilangit dunia,  Allah SWT hiaskan langit dengan bintang-bintang yang gemilang. Bersinar memancarkan cahaya. Firman Allah SWT dalam surah al Mulk yang bermaksud.
 
Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit Yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) Dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka Yang menjulang-julang.

 
Sesungguhnya hanya Dialah satu-satunya yang menguasai langit, bumi dan diantara keduanya. Dihias indah dunia ini dengan segala macam keindahan sehingga kita kadangkala tenggelam dalam kemewahan. Bukanlah kemewahan itu pada ringgit dan harta yang melimpah, tetapi kemewahan yang dimaksudkan adalah pada nikmat Nya yang amat jarang sekali kita syukuri. Demikianlah kurniaan Allah kepada manusia. Bahkan andai mahu dihitungkan semua kurniaannya yang kita nikmati hari ini berbanding sekelumit derita yang ditanggung, niscaya kita yang akan malu menyesali diri. Allahuakhbar…

 
Ini kisah cinta. Kisah yang menghubungkan Pencipta dan yang dicipta. Sudahkah kita berusaha membalas CINTA agung ini? Suatu persoalan yang perlu dijawab! Sahabat yang dikasihi, guru saya menyatakan ruang di hati manusia boleh diisi dengan sebelas cinta. Apakah ia dan bagaimanakah susun letaknya? Mari kita lihat bersama. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah yang bermaksud:
 
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).



Perhatikan ayat tersebut sebaiknya, sebutkan dan hitung dengan jari jemari kita. Lapan cinta yang pertama itu” represent the dunya”.  Salahkah kita dalam mencintai bapa? Anak? Saudara?isteri? keluarga? Harta? Perniagaan? Rumah?...  Sudah semestinya tidak, dengan syarat…seandainya tiga cinta yang utama kita letakkan pada tempatnya. “We have to rearrange the love accordingly…” Cinta yang pertama adalah untuk Allah SWT, cinta kedua untuk utusanNya yang mulia, dan cinta ketiga adalah kesungguhan untuk berjihad dijalanNya.  Kerana disana kita punya matlamat yang utama… The ultimate goal…. Lupakah kita? Setiap detap langkah kita hari ini, merupakan gambaran pada impian yang ingin dinikmati… impian itu pastilah impian yang abadi.. The eternal journey


No comments:

Post a Comment