Saturday, March 10, 2012

QANAAH

Alhamdulillah… setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT atas segala nikmat dan kurniaanya yang tidak sedikit kurangnya. Selawat dan salam juga atas Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW atas segala nikmat iman dan Islam yang kita perolehi hari ini. Tidak kurang juga kepada nikmat masa dan kesihatan yang sering kita lupakan, semoga dengan nikmat ini menjadikan kita lebih dekat kepada Allah SWT.

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk menghadiri sebuah pengisian berkaitan sifat qanaah dalam kehidupan insan, sebagaimana yang dimaklumkan dalam penulisan sebelum ini (rujuk: Hamka Sang Permata Nusantara). Beberapa hari yang lalu juga seorang sahabat meminta saya berkongsi apa yang saya perolehi dalam pengisian tersebut.  Jadi di sini saya coretkan sekadar yang terdaya. 

Mari mulakan kisah ini dengan teorinya terlebih dahulu. Dari segi bahasanya, Sifat qanaah merupakan suatu sifat yang menerima dengan rela apa yang ada. Andai kata hari ini kita cuma dikurniakan dengan sesuap nasi sahaja maka dengan sesuap nasi itulah yang perlu kita syukuri.  Andaikata tiada apapun untuk dijamah pada hari ini, maka syukurilah juga kerana masih mampu berdiri untuk terus mencari sesuap nasi. Ini bermakna sifat qanaah bukan menyerah diri semata-mata, bahkan perlu bekerja dan mencari. Kita perlu bekerja dan bukan sekadar berpangku tangan kerana itu bukan qanaah melainkan hanya kemalasan.



Bahkan untuk memohon tambahan pada yang layak baginya yakni dengan berdoa adalah sangat-sangat digalakkan. Andaikata doa tadi tidak diperkenankan, orang yang punya sifat qanaah, akan sentiasa berfikiran positif. Mencari-cari hikmah atas ujian Tuhan dan bersyukur dengan apa adanya. Apatah lagi jika permintaannya tertunai lebih-lebih lah lagi dipanjatkan keyukuran kepada yang Esa. Inilah dia sifat tawakal yang sebenarnya yang jauh daripada buaian kemewahan dunia.

Orang yang hidup akan sentiasa bekerja dan orang yang bekerja insyaallah akan berjaya. Itulah sunnah dalam kehidupan. Maka adakah seorang yang dilimpahkan segala nikmat dari kekayaan Tuhan atas kesungguhannya bekerja tidak bersifat dengan sifat qanaah? Hakikatnya qanaah itu materi pada hati bukan pada fiziknya. Orang yang hartawan itu boleh sahaja bersifat qanaah. Yang susah itu juga belum tentu qanaah. Bagaimana mengesan tanda qanaah ini? 

Qanaah pada orang yang berharta menjadi bermakna apabila hartanya ditarik tiba-tiba dan sabar atas dugaan yang menimpanya.  Qanaah pada si fakir itu juga apabila di hatinya tiada cemburu yang menggila pada harta, sedang dirinya sendiri tidak berdaya bahkan bahagia dengan rezeki yang sudah diagihkan Tuhannya. Maknanya seseorang itu menerima ketentuan Illahi bila ia tidak menyenangkan diri dan akan mensyukuri nikmat-nikmat  apabila diberi. 

Hari ini saya diuji dengan takdir Illahi. Mungkin bukan pada nikmat hartanya tapi atas ujian dalam menuntun diri menelaah ilmu dan membuat ujikaji.  Tiada seorang peserta yang hadir dalam program yang saya usahakan bagi tempoh setahun ini bagi menguji modul yang saya bangunkan.  Kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku merupakan fitrah dan naluri seorang pengkaji andai usahanya tidak membuah kan hasil sama sekali.  Lantaran teringatkan apa yang saya lalui saya mula memuhasabah diri. Inilah masanya ilmu itu perlu dituntun dengan amali. Merasa cukup dengan segala nikmat yang masih berbaki saya bangkitkan hati yang lesu.. Ya.. saya akan terus mencuba lagi kerana inilah dia ubat dari Illahi. Mungkin saya belum bersedia dari segi ruh dan jasad sebelum menjadi seorang pendidik yang mampu berkata dari hati…

Bertatih lagi untuk menyemai sifat qanaah, insyaAllah…hopefully lepas ni boleh berlari!… by the way seronok berkongsi ilmu dengan peserta tahun dua fakulti pendidikan walaupun tiada data yang saya perlukan daripada mereka......=)

Qanaah dalam al Qur'an
Al Hajj : 36-37
Al-Baqarah:  273

3 comments:

  1. assalamaualaikum. teruskan menulis ya akhi :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wbth...terima kasih ustaz.. doakan saya terus menulis dan dpt amalkan apa yg saya coretkan...banyak sgt kekurangan diri kalau nak ikutkan....=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa pulak...sila btolkan jugak mane2 yang tersalah atau tersilap....nak tambah pun boleh....jazakallahukhair... =)

      Delete