Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah hari ini masuk hari kedua kempen GMJ (Global March to Jerussalam) yang dilaksanakan di bumi UTM. Kisah hitam dan duka umat Islam dan penduduk Palestin lainnya semakin mendapat perhatian umum. Pelbagai reaksi sudah dipertontonkan walaupun dalam tempoh yang sangat singkat bagi sebuah kempen yang dijalankan. Semalam saya berpeluang untuk meluangkan masa menjaga booth pameran GMJ di bawah kelolaan Kelab Iqra' UTM dengan kerjasama Aqsa Syarif, sebuah NGO yang lantang memperjuangkan keamanan di bumi Palestin. Banyak rencana juga telah dirancang bagi menghebahkan isu Palestin ini di peringkat kampus. Semuanya sebagaimana yang tercatat dalam poster disebelah...
Ada beberapa perkara menarik yang ingin saya kongsikan disini. Tiada ulasan berjela, tiada dalil, hujah dan sebagainya. Cuma coretan rasa dari pemerhatian insan kerdil di tengah masyarakat yang pelbagai ragam dan warna. Mari mulakan dengan kisah saya bersama masyarakat antarabangsa di bumi UTM (rajin betul org2 asing ni ke library....). Selama beberapa jam di booth pemeran, saya lebih senang mendekati pelajar antarabangsa. Manakan tidak, dalam hemah saya, mereka lebih cenderung untuk bertanya dan membaca poster-poster yang terpapar... (walaupun semuanya dalam bahasa melayu). Berikut antara telatah manusia yang dapat saya santuni. Sayang rasanya jika disimpan sebagai pengalaman peribadi...
Sudan:
Sedang kami terkial-kial menyediakan booth pameran, seorang pelajar Sudan mendekati saya... dia maklum akan program GMJ ini.. lantas tangan dihulurkan membantu saya memasang banting di dinding perpustakaan... Namanya Muhammad Malik dari KLIUC.. datang menziarahi temannya... perbualan kami ringkas, tapi penuh rasa bersaudara... tiada janggal dan kelu dalam berbicara... beliau mengambil bidang Kejuruteraan Awam... sempat lagi beliau menegaskan... kerjaya bukan segalanya, sedang beliau seorang Muslim yang punya cita-cita yang lebih besar dari sekadar bergaji besar...-kagum dan malu saya sendirian- Jerman:
Di sebelah booth kami, ada sebuah lagi booth sebuah persatuan yang agak hebat juga... Dijaga oleh dua orang gadis Jerman dan beberapa pemuda Cina. Salah seorang daripada gadis Jerman ini mengaku tiada beragama. Pernah tinggal bersama-sama keluarga Yahudi di USA dan sangat-sangat terbuka. Beliau mempersoalkan isu bumi Palestin yang telah sedemikian lama dan tiada penyelesaiannya...(katanya telah ribuan tahun...tahu dari kawan nya seorang palestinian)... Antara soalan beliau ialah "apakah tujuan Israel merampas tanah Palestin?"... ligat fikiran saya mencari jawan yang terbaik..bimbang jawapan yang diberikan mengguris mana2 perasaan.. Daripada isu agama sehinggalah ke isu kemanusian menjadi tajuk perbicaraan kami... saya simpulkan..."this is all about humanity"...(mungkin bukan jawapan yang terbaik.. tetapi cukup untuk meneutralkan keadaan) -saya belajar untuk berbicara dengan berhati-hati-Kazakhstan:
Seorang lelaki Kazakhstan asyik memerhatikan poster yang dipaparkan.... sedang saya pula berada berhampiran... Dia memanggil saya... dia memulakan perbicaraaan.... pertama kali saya merasakan saya tidak faham bahasa apa yang dipertuturkan...(bahasa Inggerisnya sangat sukar difahami!) . Saya terdiam..sekali sekala berpura-pura faham...errrr.... dia memerhatikan... dan berlalu..mungkin perasan yang saya tiada reaksi atas apa yang diperkatakan...-kecewa- Myanmar:
Beberapa orang pelajar Myanmar berdiri dihadapan poster Negara palestin yang semakin mengecil. Anehnya mereka seperti tidak langsung mengetahui tentang isu di Palestin... "is this Iraq???" kata salah seorang daripada mereka... gembira memulakan perbualan, saya terangkan satu persatu apa yang berlaku... wajah mereka penuh simpati... saya katakan pada mereka... "I have brouchers about one big event that will be held upon this issue... but, im sorry... it was in Bahasa Melayu....".... salah seorang daripada mereka bersuara... "its okay... we 'google translate' it..."... -saya tersenyum gembira-Indonesia:
Saya lega... kali ini saya boleh berbahasa ibunda...Sama seperti yang lainnya, lelaki Indonesia ini memanggil saya... dari awal saya sangkakan dia orang malaysia... Tutur katanya, lenggok bahasanya, langsung tidak menggambarkan beliau seorang Indonesia sehinggalah beliau memperkenalkan diri... pelajar phd.. sudah tiga tahun di Malaysia. katanya isu Palestin ini menarik perhatiannya setelah mendengar sendiri dari mulut temannya seorang Palestin... Kata lelaki ini lagi temannya ini hebat lagakmya, teguh hatinya... tiada tanda beliau berada dalam kesedihan akibat negara mereka di jarah... namun seteguh mana penampilan mereka, air mata tetap laju menghujani pipi apabila berbicara tentang kesengsaraan saudara sendiri....-beliau insaf, saya mengiyakan sahaja...sempat lagi dicadangkan untuk diletakkan seorang Palestin menjaga booth kami-Palestin:
Saya bersyukur kerana diawal pertemuan beliau sudah memperkenalkan diri sebagai seorang Palestin... riak wajahnya biasa. tiada meminta simpati... dalam hati saya berbicara.. mungkin kerana sudah terbiasa dengan kesengsaraan sehingga tiada lagi wajah sayu dan air mata yang boleh dipertontonkan...saya kisahkan tentang program GMJ ini... memandangkan beliau lebih arif daripada saya.. sengaja saya utarakan satu persoalan..."where do you think, the nearest point that these people (orang2 yang berarak nanti ) will reach?"....jawapan beliau..."Ramallah"... -kita saksikan...-Iraq:
Seorang pemuda Iraq mendampingi booth kami...dia bersuara "situation in Iraq is much worst compare to Palestine..."...kemudian berlalu pergi..ada masalah nampaknya disitu... mungkin terbakar dengan semangat kebangsaan... tidak kita pernah menafikan kesengsaraan, saudara kita yang lain, cuma perlu kita memahami pokok permasalahan dan cabang-cabang dalam beramal... kalaulah dapat saya luahkan...saya hanya mampu menggelengkan kepala...-banyak lagi kerja kita-Orang kita:
Ohh... seperti tiada yang sempat saya berjumpa.... (tetapi ada juga yang disantuni oleh sahabat-sahabat saya...).. kebanyakan yang saya dampingi melarikan diri bila flyers diedarkan...(cop.. semestinya saya bukan nak jual pendrive...huuuu).... Lain pula ceritanya di dunia maya...banyak pula yang bercerita di muka buku... mempersoalkan tentang "black attire day" pada hari Jumaat dan juga isu seluar tentera Malaysia oleh para pelakon flash mob GMJ-watak tentera Israel- (marah sungguh nampaknya mengaitkan Malaysia (walaupun secara tak sengaja) dengan Israel...)... Saya kehairanan... Tidak mahu mengulas panjang, cuma ingin saya katakan...kita punya isu yang jauh lebih besar diluar sana... soal kan sahaja pada diri kita (termasuk saya)... sejauh manakah sumbangan kita???oh... sebelum saya terlupa... ada seorang pemuda yang memasukkan wang berwarna merah ke dalam tabung derma.... wang itu kelihatannya sangat tebal... bangsa apa??? tak penting.... kerana saya yakin dia tahu apa yang dilakukannya....
No comments:
Post a Comment