Ada seorang jurutera yang sangat hebat. Beliau tinggal bersama-sama isterinya, seorang suri rumah yang setia pada sang suami, lemah lembut menyantuni keluarga dan pandai memujuk dalam berbicara. Hari ini sang jurutera jatuh sakit. Beliau bergegas mencari ubat dan berjumpa dengan doktor. Dalam perjalanan pulang ke rumah, beliau mendapat panggilan daripada pejabat… Sebuah terowong daripada semenanjung Malaysia merentasi laut China Selatan menuju ke Sabah hampir retak. Kerana bersangatanlah hebatnya beliau dalam bidangnya, tiadalah tempat lain melainkan beliau menjadi rujukan teman dan orang bawahannya.
Memandangkan keadaan di tempat kerja semakin kritikal beliau terus bergegas ke sana. Segala perancangan dan analisis dijalankan lantas gerak kerja dalam membaiki terowong diserahkan kepada orang bawahannya. Hal ini memandangkan tiadalah hakikatnya dia upaya membaiki dengan kedua tangganya melainkan dengan memberi penyelesaian kepada kemusykilan yang melanda. Sekembalinya beliau kerumah terlupalah akan sang jurutera tadi mengambil ubat-ubatannya akibat keletihan. Dengan penuh kasih sayang, sang isterilah yang memperingatkan beliau. Lalu disuap ubatan dengan manja dan di belai sang suami yang banyak berjasa…
Begitulah hakikatnya kehidupan… sedarkah kita, Allah SWT tidak akan sama sekali menyamakan peribadi semua manusia kerana akan hal yang demikian menjadikan kita saling tidak memerlukan. Maka dengan itu dikadarkan juga untuk setiap daripada kita segala kurnia dan kemampuan. Seorang yang diberikan suatu kemampuan tidak diberikan kemampuan itu kepada yang lainnya, tetapi dikurniakan pula kemampuan yang lain yang tiada pada orang yang pertama. Oleh kerana itulah kita melihat;
Sebahagian manusia lebih kuat fizikalnya berbanding yang lainnyaSebahagian pula mahir dalam bidang-bidang tertentuSebahagian lagi cenderung dengan kelembutanSebahagian pula berjiwa dan bersifat keaskaranSebahagian lahir dengan dengan kemampuan memimpin dan berhujahSebahagian pula hebat dengan pena dan penulisanSebahagian cerah akal dan pemikiranSebahagian lagi mampu mereka cipta dan mengurai kemusykilan
Sungguh menghairankan dunia ini dengan pelbagai ragam manusia. Hakikatnya tidak lain untuk kita saling melengkapkan. Oleh itu setiap daripada kita sangat istimewa… barangkali kita sering melihat kelemahan diri, hakikatnya ada hikmah Allah SWT dalam mengagih-agihkan rezeki...Tetapi apakah memadai keperluan manusia demi kebahagian hidupnya dibumi ini dengan manusia-manusia yang mahir dalam ilmu kedoktoran, kejuruteraan, politik, dan lain-lainnya? sudah tentu tidak kerana jalan manusia yang sangat panjang ini perlu dituntun oleh seseorang yang mampu membawa manusia mengenal Penciptanya... maka disitulah wujudnya para utusan Rasul junjungan... membawa kau, aku dan mereka menuju jalan yang satu kerana disitulah sahaja puncak erti keberSAMAan
No comments:
Post a Comment