Wednesday, April 11, 2012

Kalau sebut je "ubat...ubat..." takkan jadi baik...

"Jadi kene la makan ubat tu.... "

Berikut merupakan secebis daripada pengalaman yang saya kutip melalui Shaykh Reda Bedeir dalam kuliah tafisr surah al Mulk... nak kongsi tapi tak tahu nak mula dari mana. InsyaAllah, ini cuma sebahagian kecil dari bingkisan ilmu yang dicurahkan..

al-Mulk, merupakan satu perkataan yang diterjemahkan oleh beliau sebagai the Dominian...
Sebelum berbicara panjang... mungkin sudah ramai yang mengetahui fadhilat dalam mengamalkannya. salah satu daripadanya sebagaimana yg saya perolehi drpd beliau;

Imam Ahmad recorded from Abu Hurairah that Allah's Messenger said:
"Verily, there is a chapter in the Quran which contains thirty ayah that will intercede on behalf of its reciter until he is forgiven. (it is): [Blessed be He is Whose Hand is the dominion]."
Bahkan banyak lagi dalil yang pernah kita baca dan dengar. Dii sini bukanlah tempat yang sesuai untuk membincangkan perincian tafsir surah ini. Namun beberapa selingan yang bermanfaat mungkin boleh dikongsi bersama.Antara perkara menarik yang beliau kongsikan adalah kisah bagai mana kita hari ini berinteraksi dengan alQuran. Situasi ini benar, banyak berlaku dan pernah terjadi...hari ini alQuran mungkin, ya...saya katakan 'mungkin' dilihat mulia oleh kebanyakan umat Islam, namun sudah hilang dari peri peranan pada makna 'mulia' yang sebenar.

Hari ini alunan merdu lontaran suara dari ayat-ayat suci ini barangkali cuma kedengaran apabila berlakunya kematian. Bayangkan suatu hari, seorang sahabat bertandang kerumah kita, dilihatnya beberapa mushaf diatas meja... lalu apa yang terpacul dari mulut mereka? "Innalillahiwainnaillaihirojiuun....who's death???" Barangkali ini cuma jenaka. Namun mungkin ada benarnya.Paling tidak kita melihat mulia dan peri pentingnya alQuran di dalam situasi begini...

Hari ini juga kita meyakini alQuran pelindung kita. Dengan sepenuh keyakinan kita letakkan mushaf tadi di bawah bantal ketika tidur.. Untuk apa? "Supaya mimpi tak ngeri", "supaya dijauhkan dari gangguan syaitan" bahkan mungkin ada yang berkata "InsyaAllah, saya selalu sakit kepala, dengan buat begini akan menyebuhkan segera"...dan banyak lagi. Dalam kenderaan kita letakkan mushaf kita. "untuk barakah.....", "takut nanti accident...","bla...bla...bla..." Mulianya al-Quran kerana menjadi 'pendinding' kita menjalani hidup seharian...

Tahukah anda..atas apa yg telah sebahagian dari kita perlakukan ke atas alQuran ??? ini jawapan Shaykh Reda;

"It is not the ink on paper that protect us... you only protected when it (the Quran) becomes your way of life..."

Al-Quran jika berteman di lidah, bersemi dihati dan berbuah dek amal... sudah pasti kita akan dikasihi oleh Sang pemilik segala cinta... melindung kita dari musuh yang nyata dan yang maya... Maka saya menyeru diri saya dan kawan-kawan...selidikilah semula sikap kita kepada al Quran....

No comments:

Post a Comment