Wednesday, November 19, 2014

Al Ukhuwah Al Islamiyah

Berikut merupakan hasil perkongsian Ustaz WHWE dalam UG tempoh hari;

  1. Selepas Iman adalah ukhuwah
  2. Dakwah takkan berhasil tanpa ukhuwah Islamiyah
  3. Dalil kepada pensyariatan berukhuwah ini terkandung dalam surang Al Imraan: 103 dengan penegasan untuk tidak berpecah belah.
  4. Ukhuwah takkan wujud tanpa kehendak daripada Allah SWT. Bahkan Allahlah yang mempersatukan hati-hati manusia. Hal ini disebut dalam surah Al Anfal:63.
  5. Ukhuwah adalah buah kepada iman.
  6. Orang yang tidak berukhuwah dan merosakkan ukhuwah mempunyai masalah iman.
  7. Ukhuwah yang benar seharusnya menenangkan hati manusia.
  8. Mudah tersa hati itu tanda masalah pada iman..
  9. Tangga-tangga ukhuwah perlu dibina dengan sering ber-muayashah.
  10. Hal kasih sayang terhadap sahabat mungkin berbeza antara satu sahabat dengan sahabat lainnya. Kerana perasaan bukanlah hal yang boleh dipaksa.Tapi hal berkaitan hak dan tanggungjawab dalam ber-ukhuwah sesama Muslim adalah sama.
  11. Ukhuwah bukan hanya perihal individu. Bahkan, terhijabnya barakah dalam jamaah bila ukhuwah Islamiyah tidak dijaga


Termenung...

Allahurabbi...



Adam a.s: Pengajaran dari moyang sekalian manusia - Bahagian 2

“Kecuali orang- orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang- al-furqan:70


Sambungan….

Apa yang membezakan maksiat Adam a.s dan Iblis adalah bahawa dengan kesalahan itu moyang kita Adam a.s bertaubat kepada Allah SWT. Sedang Iblis pula terus berlaku sombong dan bongkak. Iblis bahkan menolak perintah Rabbnya, memberikan pandangan yang jelas berbeza, tidak tunduk pada perintah Allah SWT dan memutuskan sesuatu mengikut kehendaknya. Allah SWT berfirman yang bermaksud;

Dan tidak patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan suatu ketetapan, aka nada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasulNya, maka sungguhlah dia telah sesat, dalam kesesatan yang nyata”-al-ahzab:36

Dan sebagai anak cucu Nabi Adam a.s, seharusnya kita mencontohi baginda dengan kembali bertaubat kepada Allah atas kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan. 

………………………..

Di dalam syurga Allah SWT, Nabi Adam a.s berada dalam segala macam keindahan, berpakaian lengkap, bersenang lenang, dipenuhi segala kelengkapannya tanpa perlu susah payah, bahkan ditemani oleh pasangannya Hawa.


Dan tatkala keduanya melanggari perintah Allah SWT dengan memakan buah larangan, terbukalah auratnya tanpa pakaian...

bersambung...

Saturday, November 8, 2014

Adam a.s: Pengajaran dari moyang sekalian manusia - Bahagian 1

Nabi Adam a.s merupakan moyang kepada keturunan sekalian manusia.  Terdapat banyak pelajaran yang boleh dititip daripada kisah baginda buat renungan dan cerminan diri saya yang lemah dan hina.

…………………….

Dalam al-Quran, kisah Nabi Adam a.s menceritakan semula kepada kita bahawa Allah SWT telah telah menetapkan prinsip-prinsip , perintah dan larangannya kepada baginda. Antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud;

“Wahai Adam bertempat tinggalah kamu dan isterimu di syurga dan makanlah oleh kamu berdua (buah-buahan) di mana sahaja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim”-Al-a’raf: 19

Maka, begitulah juga kepada keturunan baginda, terdapat perintah dan larangan Allah SWT kepada kita. Kita cenderung dan suka, menjadi keinginan nafsu dan berkehendak kepada sesuatu.  Tetapi ternyata ianya merupakan perintah dan tegahan daripada Allah SWT.

Seiring dengan tegahan itu, Al Quran mengkhabarkan kepada kita melalui kisah Nabi Adam a.s dengan peringatan bahawa sifat ‘ingin’, ‘suka’  dan ‘mahu’ itu akan didalangi bersama hambatan-hambatan melalui permusuhan Iblis. Hal ini dinyatakan sebagaimana berikut;

“Maka kami berkata; Wahai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan isterimu, maka sesekali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka”- Thaaha : 117

Inilah dia hambatan pertama bagi manusia, iaitu Iblis. Makhluk yang tidak akan pernah mengenal erti penat dan jemu untuk menyesatkan manusia sehinggalah sampai kepada hari kiamat. Dalil-dalil yang menunjukkan tekad dan nekadnya makhluk bernama Iblis ini diceritakan dalam banyak ayat. Antaranya; Al-an’am:112, al-‘araf:14-17, Shaad:82-83.

…………………….

Walaupun peringatan telah diberikan, lantaran hasutan Iblis, Adam a.s dan pasangannya jatuh jua kepada tegahan Allah SWT. Moyang kepada sekalian manusia ini melakukan kesalahan kepada Rabbnya. Sungguhpun begitu, baginda cepat-cepat bertaubat kepada Allah SWT.

“Keduanya berkata: Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi”- al-a’raf:23

Maka demikianlah juga seharusnya kita selaku anak-anak keturunan baginda. Merintis jalan-jalan yang dilalui oleh Iblis hanyalah menjadikan kita orang yang zalim,celaka dan rugi. Tatkala kita terleka, lemah dan lalai dari peringatan ini, haruslah segera kita mencari jalan taubat sebagaimana baginda Adam a.s tunjukkan kepada kita. Kerana janji Allah SWT, orang yang bertaubat itu, bahawasanya kejahatan itu bisa berubah menjadi kebaikan dengan syarat-syaratnya.

“Kecuali orang- orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang- al-furqan:70
 …………………….


bersambung...


Saturday, October 11, 2014

1st anniversary

Dear my lovely wife,

Today is our 1st wedding anniversary.  I am so sorry dear… No money, no cake, no teddy bear, no big present, no expensive restaurant-nothing.  It is just a simple note to appreciate our relation as a gift from Allah and to mark one year of our beautiful union as a husband and wife.

You have made me a better person by loving me for who I am. Love me just the way God created me, with every scare and imperfection.

Being married to student means patience, sacrifice, and waiting. It means not to freak out when the bank account reaches minimum amount of RM10.00 (Actually it is absolute zero). It means not buying a dream house-yet, loans, debts, renting, counting coins and eating nasi lemak many times in a week.

Surprisingly, no matter what happens, no matter how, we always belief that things will work out.  And Alhamdulillah, every challenge that we went through, the end result is often a masterpiece (I think so..haha)… 

Thank you for being there… always...  

Please pray for us that we will always love and obey Allah (especially me...T.T). Because when we love Him, for sure He will take care of our matters, love and preserve our love until Jannah, insyaAllah

Surely (as for) those who believe and do good deeds for them will Allah bring about love –Surah Maryam;96


Love you,

Abg :)





Wednesday, September 24, 2014

Untuk kita yang bersengketa

Petikan maksud hadith ini mengajari saya tentang cinta Allah yang tidak putus-putus memberikan harapan. Saya kepilkan disini daripada pembacaan buku 'Ajari Aku Mencintai Allah' karangan Dr. Majdi Al-Hilali.

Suatu hari Anas bin Malik r.a serta para sahabat yang lain duduk di sisi baginda Rasulullah SAW melihat baginda tersenyum secara tiba-tiba sehingga kelihatan giginya, lalu Anas bertanya:“Apakah yang meyebabkan Rasulullah tersenyum gembira”.“Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada dua orang di kalangan umatku di akhirat nanti, keduanya melutut di hadapan Allah SWT pada hari kiamat. Seorang darinya merayu :“Wahai Tuhan, tolonglah balas terhadap orang ini, sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku ketika di dunia dahulu dengan pelbagai perbuatan.”Lalu Allah memerintahkan orang yang zalim itu membayar ganti rugi sebagai penyelesaian tetapi orang itu tidak dapat berbuat demikian kerana tidak ada suatupun yang boleh digunakan untuk membayar tuntutan tersebut. Lalu dia berkata: “Dengan apakah aku hendak membayarnya sedangkan tiada satupun kebaikan yang tinggal, semua telah habis dituntut orang.”Ketika itu, orang yang kena zalim itu meminta agar orang zalim itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya. Pada ketika itu Rasulullah menitiskan air mata.“Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya”.Jelas nabi kepada Anas.“Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dahsyat sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya”.

Jelas Rasulullah lagi.Ketika dua orang tersebut sedang berbalah lalu Allah SWT memperlihatkan sebuah mahligai di dalam syurga:“Tidakkah kamu melihat mahligai itu?” Ujar Allah kepada manusia yang kena zalim itu.“Ya, saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak, untuk siapakah itu wahai Allah?Mungkin untuk nabi-nabi atau syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?”Ujar orang itu.“Mahligai untuk sesiapa saja yang sanggup membayar harganya”.Jelas Allah lagi.“Jika demikian adalah mustahil saya dapat memilikinya kerana saya tidak punya apa-apa disini untuk membayar harga mahligai emas itu”. Ujar manusia itu lagi.“Justeru kamu masih berpeluang memilikinya kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar mahligai itu”.“Bagaimana caranya?”. Tanya orang itu dengan penuh rasa ingin tahu.“Iaitu sekiranya kamu sedia memaafkan saudara kamu dan tidak menuntutnya memikul dosa kamu”. Jelas Allah SWT.Dengan perasaan yang begitu gembira orang itu berkata: “Ya Allah, jika begitu aku segera memaafkan dia, terhadap apa jua kezaliman yang telah dilakukan kepada saya,” ujar manusia itu. Lalu Allah SWT menjawab "Ambillah saudaramu dan ajaklah dia bersama mu masuk kedalam syurga". Setelah itu Rasulullah SAW bersabda, "Takutlah kalian kepada Allah dan perbaikilah hubungan dengan sesama kalian Sebab Allah pada hari kiamat kelak akan mendamaikan orang-orang mukmin."

*Hadith ini disebut oleh al-Haitsami dalam Majma' az-Zawaid vol.10

Saturday, September 20, 2014

Everyone misbehaves

Everyone misbehaves. There is hardly a person on earth who has not at some time done something he or she knew to be wrong or even illegal. (Robert E. Slavin,2009)
Itu kata-kata daripada buku educational psychology yang sedang saya teliti sebentar tadi. Jika boleh saya terjemahkan semula, lebih kurang maksudnya "Semua orang melakukan salah laku.  Amat sukar menemui seorang manusia di atas muka bumi ini yang tidak pernah melakukan suatu kesalahan tanpa dia mengetahui perkara tersebut salah bahkan ditegah."

Kata-kata ini terus membuatkan saya teringat kepada sebuah hadith baginda Rasulullah (saw) yang bermaksud;

Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat (Riwayat Ahmad, al- Tirmizi dan Ibn Majah)

Bidang psikologi mengiktiraf bahawa seorang insan akan cenderung untuk melanggar arahan dan melakukan kesalahan. Kerana itu jugalah manusia juga dipanggil insan. Menurut Rohana (2010) dan Syed Muhammad Naquib al-Attas (1990), takrif perkataan insan bagi manusia merupakan perkataan yang berakar daripada kata ‘nasiya’ yang memberi makna pelupa. Nah, inilah fitrah kejadian manusia iaitu makluk yang sering lupa. 

Sifat kelupaan insan itu menyebabkan kita sering mengulang-ulang kesalahan. Menurut ahli psikologi,  kekerapan mengulang kesalahan inilah yang membezakan tahap misbehave antara seorang insan dengan insan yang lain.  Bagi saya ada satu lagi perbezaan ketara dalam kecenderungan negatif tersebut iaitu tahap salah laku yang dilakukan mengikut kaca mata moral dan akhlak sebagaimana dilihat dalam norma masyarakat dan agama. 

Salah laku berat pada mata masyarakat dan agama adalah suatu jenayah yang perlu dibenteras. Pengulangan salah laku berat ini dipanggil residivisme dalam istilah kepenjaraan. Pengulangan salah laku yang ringan pula merupakan kecanduan moral, adab dan akhlak yang perlu dibaiki sebelum menjadi lebih parah dimasa akan datang. 

Menyedari hakikat insan yang terlalu lemah dan mudah tergelincir dengan kesalahan, Islam menawarkan jalan taubat yang membuka segala pintu harapan, baik pada salah laku yang ringan mahupun berat. Itulah dia jalan untuk kembali kepada Tuhan dengan kesedaran dan iman. Bagi seorang yang mahu menelusuri jalan taubat ini, segala cita dan harapan sentiasa terbuka luas selagi mana dia percaya kehidupan ini bukan sia-sia dan akhirat sana dia akan kembali kepadaNya. Hal ini sebagaimana yang disebutkan Hamka dalam buku Falsafah Hidup beliau;
“Iman, kepercayaan yang teguh, itulah yang menguatkan fikiran sehingga tidak keluar dari batas yang dilaluinya. Ia percaya bahawa dia dijadikan tidak dengan sia-sia dan alam inipun tidak dijadikan dengan sia-sia. Lantaran itu, sentosalah hatinya dan tenteramlah semangatnya.”
Sekali lagi coretan ini, nasihat untuk diri saya, seorang insan yang sering lupa dan lemah daya. Perjalanan ilmu dan pengalaman hidup mengajar dua perkara penting kepada saya;

  1. Semua orang berpotensi melakukan kesalahan
  2. Maka bersedialah untuk memohon maaf dan memaafkan

Sedang Pencipta kita sangat pemaaf kepada makhlukNya. 
Siapa-siapalah kita... 








Saturday, September 13, 2014

'Sakit'






Saya ada sebatang pokok. Pokok tu ada penyakit. Ada sejenis kulat putih yang hinggap di batang dan bawah daunnya. Saya pandang remeh pada masalah kulat pokok tu... Cuma kadang-kadang saya kikis kulat tu.
Sampai la satu hari, kulat tu merebak dengan pantas macam barah. Saya kalut dan saya buang keseluruhan dahan yang rosak sampai ke pangkal pokok. Hampir sebulan pasu tu tinggal tunggul je.

Saya sangkakan pokok tu dah mati. Tapi saya tak putus harap dan tetap menyiram tunggul pokok yang tinggal tu dengan air.. Dan hari ni ada tunas yg melambai-lambai pada saya usai subuh tadi.


Alam berbicara pada saya.
Saya melihat diri saya. :( 

Saturday, September 6, 2014

Yusuf; kau memilih penjara

Beberapa hari lalu, saya membuat kajian ringkas berkaitan kisah Nabi Yusuf a.s. Memandangkan bidang kajian saya adalah pemulihan di penjara, saya tertarik untuk meneliti kisah baginda sebagai pedoman.

Siapa yang tidak kenal dengan Nabi Yusuf a.s dan kisahnya. Bahkan perjalanan hidupnya diceritakan secara jelas di dalam al-Quran. Saya mula tertarik untuk melihat kisah Nabi Yusuf secara terperinci apabila melalui suatu slot penyampaian oleh seorang sahabat. Nabi Yusuf a.s adalah anak ke tujuh daripada 12 orang anak Nabi Ya’qub a.s. Beliau juga merupakan keturunan Nabi Ibrahim a.s. Nabi Yusuf a.s dikurniakan oleh Allah S.W.T rupa paras yang kacak. Beliau satu-satunya anak yang dimanjakan oleh Nabi Ya’qub a.s, berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain, terutamanya setelah kewafatan ibu kandungnya.

Kisah yang rinci boleh dibaca dalam surah Yusuf dan kitab-kitab tafsir yang ada.

Antara kehebatan Nabi Yusuf a.s yang amat saya kagumi adalah kekuatan imannya yang mampu menolak pujuk rayu kepada kemaksiatan. Kekuatan iman dan keikhlasannya dalam menegakkan deen dalam diri menewaskan segala godaan dan kesukaan seorang insan. Nabi Yusuf a.s pernah dipenjarakan walaupun tidak bersalah. Bahkan beliau rela memilih penjara daripada mengikut godaan-godaan yang datang dek kerana ketampanannya. Jatuh bangun kehidupannya tercatat jelas. Itulah Yusuf, seorang nabi yang pernah menjadi mangsa kedengkian saudarannya, pernah dijadikan hamba, diambil dan dibesarkan oleh al-Aziz bagaikan anak sendiri, digoda oleh ibu angkatnya Zulaikha, dipenjarakan, dan kemudiannya diangkat menjadi Menteri Mesir yang bijaksana. 

Kisah Nabi Yusuf a.s membuka mata saya bahawa penjara bukanlah tempat letaknya segala kehinaan manusia. Barangkali ada yang dipenjarakan itu adalah orang-orang yang tidak bersalah dan terfitnah. Atau mungkin kerana tersilap langkah dalam percaturan dunia. Masih segar lagi diingatan saya sawaktu melawat sebuah sekolah Henry Gurney di bawah kelolaan Jabatan Penjara Malaysia. Sewaktu tiba di dalam kawasan 'persekolahan' yang di kawal ketat tersebut, mata saya terpandang satu wajah yang sangat suci dan mulia. Saya hairan bagaimana dia boleh berada di tempat seperti ini. Belum sempat saya bertanya, warder yang bertugas memaklumkan kepada saya bahawa pelajar tersebut merupakan pelajaran target untuk SPM tahun ini dan merupakan hafidz al Quran. Saya terkesima dan membatalkan persoalan yang bermain di minda. 

Hari ini, setelah melalui beberapa liku dalam kehidupan, bahkan bertarung dalam menyiapkan kajian pemulihan di penjara, saya sedar akan sesuatu yang jauh lebih besar daripada kajian saya. Bahkan Allah swt telah lorongkan saya untuk 'memenjarakan' kehidupan saya secara rela dan terpaksa. Maha Suci Allah yang lebih mengetahui perancanganNya. 

Yusuf a.s telah memilih penjara daripada godaan wanita. Pada saya bukanlah penjara pada jasad itu yang lebih membawa makna, tetapi bagaimana kita memenjarakan jiwa kita daripada terhasut dengan nafsu dan godaan dunia. Orang yang memenjarakan jiwa daripada cinta dunia, sebenarnya membuka pintu baru kepada cinta Pencipta.  Betapa indahnya apabila hal itu berlaku dalam kehidupan kita. Hal inilah yang akan membahagiakan kita sampai bila-bila.

Dalam kisah Yusuf, setelah tinggal bersama keluarganya di Mesir, Yusuf hidup penuh dengan penuh gembira. Allah SWT menggambarkan di hujung surah ini tentang kesyukuran Nabi Yusuf a.s yang tinggi dengan doa uyang sering dipanjatkan kepada Allah SWT hingga ke akhir hayat baginda.

رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنُيَا وَالآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ





Ertinya: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".




Sesungguhnya masa lampau kita semua telah berlalu. jasad kita tidak terpenjara dan dipenjara, maka masukkanlah jiwa-jiwa kita dalam penjara dunia yang sementara. Bersangatan jauhnya iman yang ada pada saya jika nak dibandingkan dengan kuatnya iman Nabi Yusuf a.s. Bahkan mungkin tak layak langsung untuk dibanding. Namun ada sesuatu yang boleh saya jadikan motivasi, bahawa kejayaan, kegembiraan dan ketenangan itu hadir bila kita dekat dengan Pencipta. Dan doa saya juga...Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".



In reply to article on "Creating militants in our school?"- Muhamad Afzamiman Aripin

SEPT 5 ― I wrote this article after I went through another article entitled “Creating militants in our school?”. It has caught my attention. Since it is a question, I think the columnist needs some clarification or somebody to answer that question. By the way, this is just my own opinion.
There are few concerns highlighted in the article after the writer found a Facebook posting few weeks ago showing a group of school children not wearing school uniforms or ordinary clothing but rather wearing garments that he assumed more suitable for “radical elements”, “fighters” and “Islamic State militants”. What he means by “radical elements”, “fighters” and “Islamic State militants” is when he saw those kids wearing veils, headbands and holding signs and placards written with words such as “Save Gaza”.
With all his “detective-like” concern, he figured out that the photos were taken from an elite government boarding school in Malaysia, specifically in Langkawi.
For him, it is an alarming development. It is understandable that they are imitating or getting into spirit of Hamas fighters, showing solidarity and support to Palestinians, but also brings to mind of other radical groups.  This is his big concern, in which the spirit might bring the students into misunderstanding or misleading actions in the future.
My respond to his article ― the columnist is making his own assumptions from his own thoughts (Hyphotesis). He created his own question from the few photos found on the internet (Research Question), googling for proves of where the event was held (literature review), drew his own conclusion, and published in the newspaper to create more questions among Malaysian readers (Maybe a “Concept Paper”; hoping for feedbacks and actions).  There are also few brilliant suggestions for improvement. It impressed me a lot as a researcher in some ways.
However, I wonder if the writer has done a deep investigation regarding the event itself before condemning their clothing or whatever their intentions may be. Has he figured out who is involved, what are the activities and how the peace message has been delivered? What are the contents? Are there any militants’ element in that event? All of these questions need to be clarified by going to the right people; in this case be it, the school or the event organiser, in order to get a crystal-clear answer before disseminating the thought and assumptions in public.
Indeed, I cannot agree more with the columnist’s suggestions. It is true that two-hour lecture will never be enough to disseminate the right message. It is good to have classroom discussions, debates, arguments, conflict managements, finding resolutions, reading newspapers and watching news and all other means of education. Yet we must start with something of what we call ― awareness.
A friend of mine did a lot of tours from one school to another, giving clarification, updates and concerns just to ignite the awareness. I am not sure if he was involved with the event that has been mentioned above.  Usually some of the points that he highlights during his tours are;
  1. The history of Palestinian land
  2. The story humanist activists ( Such as; Rachel Corrie and Tom Hurndall)
  3. Palestine prominent figures (Syeikh Ahmad Yassin and Yahya Ayyash)
  4. The Life of teenagers in West Bank and Gazza
  5. Current conflict (How it started, brutality of Israeli army, etc)
  6. Our Roles (There are six; education, donation, spread and share the right news, get involved in humanity activity, boycotting and praying)

I cannot see any “militant seed” in every single point but education and support to humanity.  We cannot deny that few Malaysians get involved in militancy based on the records of The Royal Malaysian Police, but pointing the gun to everyone wearing veils and garments, “Beware he or she might be a terrorist!”― is very insulting. Instead of showing our concern about seeding a militant thought in school, we accidently exposed our Islamophobia-like symptoms, a disease that consists of prejudice and hatred. Good hypothesis, good research questions and good literature reviews are not enough for generalisation.  

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/what-you-think/article/answering-creating-militants-in-our-school-article-muhamad-afzamiman-aripin#sthash.BiJlnjX3.dpuf

Wednesday, September 3, 2014

Ustaz 'Z'

Perbualan kecil saya dengan seorang ikhwah telah didengari oleh seorang lagi sahabat saya Ustaz Z. 
"Anta ada masalah apa ni akhi? tak cerita apa pun dengan ana..."

Saya tertunduk malu...

"Tak da apa-apa ustaz... biasalah semua orang ada masalah" saya berdalih...

Sungguh saya berasa terlalu kerdil di hadapan ikhwah-ikhwah yang berdiri di hadapan saya. 

Puas di pujuk, saya akur. Pada saya ustaz Z bukan sahaja seorang guru agama, beliau juga merupakan jiran dan juga sahabat saya. Dia juga guru saya secara tidak langsung. Banyak persoalan dan masalah saya yang beliau selesaikan sebelum ini. 

"Tapi ustaz, ana tak boleh cerita semua... emmm... lagi pun murabbi ana dan sahabat karib ana dah banyak bantu... zaujah ana jugak banyak beri kekuatan pada ana" jawab saya.

Ustaz Z merenung saya dalam-dalam. Tertunduk lagi wajah saya. "Baiklah.." jawab beliau ringkas.. kami bersiap-siap mengemas peralatan program dan bergegas menuju ke kereta untuk makan dan menunaikan solat jumaat. 

Di meja makan dan di dalam kereta, tidak putus-putus nasihat dan kata-kata semangat yang beliau berikan. Tidak ada apa pun yang saya kisahkan kepada beliau, namun setiap bait nasihat dan kata-kata yang meluncur dari mulut beliau, tepat mengenai permasalahan saya. Satu demi satu, bagai merobek jiwa saya. Sungguh beliau dapat membaca keresahan saya dan cuba mendamaikan perasaan saya. Dari kisah-kisah tauladan sehinggalah ayat-ayat Al-Quran membasahi jiwa dan emosi saya.


Bukanlah kisah Ustaz Z yang ingin saya bawakan, cuma beliau merupakan contoh individu yang Allah SWT bawakan dalam kehidupan saya. Beliau juga tidak sempurna seperti mana saya, namun selalu mengingatkan saya kepada perkara-perkara kebaikan. Kisah hidupnya yang lampau dan siapa beliau pada hari ini banyak memotivasikan saya untuk bangkit daripada langkah-langkah saya yang tempang. Beliau menjadi jambatan kasih sayang Allah SWT yang melimpah dari air mata penyesalan saya. Maka benarlah potongan hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra ini;

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)


Dan semoga saya terus kuat mendepani kehidupan. Saya masih punya ibu bapa yang perlu di balas jasanya, masih punya mertua yang perlu disantuni, masih punya isteri untuk dilimpahkan kasih dan sayang, masih punya keluarga yang menceriakan, masih punya sahabat-sahabat yang setia saat susah dan senang, masih punya dakwah dan tarbiyah untuk saya mendaki dan terus mendaki. Dan semoga thabat dan istiqamah menjadi teman paling karib dalam hidup saya sampai ajal menjelma.

Ini jihad saya!

InsyaAllah di lain masa, saya akan cuba kumpulkan nasihat-nasihat ustaz Z dalam penulisan saya. 








Sunday, August 17, 2014

Durani - Hakikat

Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dengan Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia

Allah ya Allah
Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya
Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia..

Gerak laku bertambah kaku
Lantaran nafsu yang telah jemu
Namun diriku bertambah malu
PadaMu ya rabbi
Yang miliki sifat An-Nasru



..............................................................................

Lirik lagu ni betul-betul menikam jiwa aku... T.T



Monday, August 11, 2014

Berdamai dengan hati

Dosa dengan Allah SWT, sudah kita maklumi; bahawa pengampunannya terbentang luas tanpa sempadan. Jatuh dan bangun... selagi air mata taubat bercucuran mengalir dari hati yang ikhlas dan mahu kembali, pasti dan pasti keampunannya melimpah dalam kehidupan.

Dosa dengan insan, menyesakkan jiwa dan raga selagi tidak menerima titip lafaz kemaafan. Hanya doa yang mampu dilafaz, memohon agar dosa-dosa beliau juga dihapuskan Allah SWT. Kerana kelak di akhirat, tidak sanggup pahala kita yang sedikit ini dituntut sebagai ganti kesilapan.

...............

Kesilapan dengan Allah SWT yang berjuta, barangkali bisa terhapus dengan satu kebaikan atas rahmat dan kasihNya Tuhan.

Kesilapan kita yang satu kepada insan barangkali menghapuskan sejuta kebaikan yang pernah kita berikan.

...............

Alangkah manisnya hidup dengan Tuhan, alangkah hinanya kita selama ini menagih kasihan insan.

Moga tautan hati yang murni dengan Tuhan memurnikan cinta sesama insan...

..............

Terima kasih Allah kau kurniakan cintaMu buat kesekian kalinya. T.T








Saturday, August 2, 2014

Someone posted on his facebook...

You have three types of friends in life : 

Friends for a REASON

Friends for a SEASON
Friends for a LIFETIME


My facebook friend posted this on facebook last few days. I've meet all of these three characters. And not to forget that we all have the chance of becoming one of these character. 

When someone is in your life for a reason, he or she comes to you as to go through difficulties in life, hoping for your guidance and support either in form of financial, physical, emotional or spiritual need. When everything has been fulfilled, or when you cannot supply those needs, he or she will walks away, leaving you standing alone. 

When someone is in your life for a season, he or she comes to you along your growing experiences in life. Usually you meet these people during your study times or in your working place. You laugh together, learn together, teach you something you never done before and give you an unbelievable amount of joy. But when the season end, so does the friendship. 

Friends for a lifetime is hard to find. Lifetime relationships teach you lifetime lessons. It comes along with a solid emotional foundation, love and trust. You keep interact with him or her through out your life either when you are on top or when you are down. They are your support system in the 'madness' of life. Of course there are certain times when your emotion and action grow away from, move away from, hate and say awful things towards each other. But guess what? You still can forgive and forget. 

Owh.. and there were also facebook friends. They just look at your update, like and sometimes give an unnecessary comment. 



Monday, June 30, 2014

Ramadhan...

Malam-malam yang dilalui sehari dua ini banyak bezanya dengan malam-malam yang lain. Begitu juga dengan siangnya. Bahkan insyaAllah akan berterusan untk tempuh sebulan penuh! Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa bersyukurnya sebilangan hamba-hambanya yang tidak putus-putus berdoa agar dipertemukan dengan bulan Ramadhan, bulan mulia yang penuh dengan rahmat, keampunan dan janji pelepasan dari api neraka. 

Saya yakin ramai yang terkesan dengan kehadiran Ramadhan. Entah darimana datangnya kekuatan bangun sahurnya. Entah darimana datangnya kekuatan berpuasa setiap hari. Entah darimana datangnya kegagahan solat tarawikh yang sekian banyak rakaatnya itu! Ramai juga yang bersolat diawal waktu. Bahkan baris-baris saf di surau dan masjid, walau dimana jua pasti lebih panjang dari biasa. Dari sekian ramai orang itu pula, sebahagiannya menghidupkan malam-malam dengan solat tahajud, bahkan mungkin akan ada yang melakukannya sebulan penuh. Ditambah lagi dengan tadarusnya yang hampir disetiap kelapangan waktu. Luar biasa sekali rahmat Allah SWT dalam bulan yang mulia ini!

Ya, pada saya bulan ini adalah bulan yang terbaik untuk meningkatkan amalan dan keluar dari sikap'biasa-biasa' kita. Di dalamnya tersimpan bantuan Allah SWT agar mudah kita melaksanakan segenap amalan.

Dengan kurangnya makan dan minum, ibadah lainnya menjadi ringan. Bahkan semakin mudah pula untuk bangun malam (kerana bersahur untuk berpuasa). Lantas solat tahajud menjadi sangat mudah dikerjakan, walaupun hanya dua rakaat. 

Dengan berpuasa, badan kita tidak dikerah bekerja yang berat-berat. Bahkan ramai yang mengambil kerehatan waktu di tengah hari untuk tidur seketika. Dengan tidur itu, menjadi bekal untuk bertarawikh dan bangun malam pula.

Ramai juga yang menjauhi maksiat di bulan mulia ini. Manakan tidak, ini kerana ramai yang semakin sedar bahawa puasa itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.  Mata berpuasa, telinga berpuasa, mulut berpuasa, segala anggota berpuasa.

Maka jadilah kita hamba-hamba yang sangat hebat dari segala sudut. 

Namun, hati saya merenung jauh... adakah mampu saya bertahan apatah lagi mengekalkannya hingga Ramadhan akan datang? Atau mungkin ini Ramadhan terakhir saya? Semoga Allah SWT berikan kekuatan untuk menjadi hamba-hamba pilihannya. 

Oh... Ramadhan.. ku harap berlalunya engkau sebagaimana ibu yang melahirkan ku suatu ketika dulu... suci dan teramat suci... amiinnn.




Wednesday, May 14, 2014

Pornografi

Hari ini melintasi suatu ringkasan video tazkirah yang sangat mantap daripada Ustaz Nouman Ali Khan. Ini merupakan topik taboo yang jarang sekali dibincangkan. Suka saya ulas beberapa perkara penting yang beliau gariskan terutama sekali dalam realiti hidup di dalam dunia teknologi dengan beberapa pengembangan fakta yang saya perolehi. 

Smart phone hanya untuk orang yang 'smart' guna :)
Hari ini, pornografi dan laman-laman lucah bukanlah sesuatu yang sukar untuk di akses memandangkan capaian nya telah menembusi rumah-rumah, bilik-bilik tidur, bahkan ke dalam kocek poket setiap daripada kita melalui smartphone dan talian internet yang cukup pantas. Ia menjuruskan kita samaada dengan mencari sendiri, melintasi carian-carian maya bahkan kadangkala datang sendiri melalui spam, virus, facebook, email dan sebagainya. Bagaimana ini berlaku bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana 12% daripada laman-laman yang ada diinternet adalah pornografi dan 34% pengguna internet terdedah kepada pornografi melalui popup ads, misdirected links, atau email secara tidak sengaja! Statistik dan info grafik yang lebih mengejutkan boleh dilihat di sini; 
http://unitedfamiliesinternational.wordpress.com/2010/06/02/14-shocking-pornography-statistics/ 

Ia menukarkan sikap manusiawi kita kepada sikap kebinatangan sehingga menyukarkan kita untuk menundukkan pandangan. Ia merosakkan jiwa dan rohani kita sehingga rasa manis beribadah dan membuat kebaikan hilang. Memusnahkan rasa malu, merosakkan institusi pernikahan, bahkan menjurus kepada perbuatan haram seperti onani dan penzinaan. Menyedari hakikat ini, kita harus sedar bahawa kita sendiri berada di dalam suatu medan peperangan. Suatu medan yang serangannya datang dengan cara yang amat halus dan memberi kesan yang menakutkan. 

Tiada yang terselamat melainkan mereka yang benar-benar bermujahadah untuk memenangkan jiwa dan keimanan masing-masing. Jika tidak, inilah yang dikatakan sebagai sindrom lemah menahan nafsu syahwat. Justeru bagi yang ketagihan dengan pornografi adakah perkahwinan menyelesaikan segalanya???  Sindrom ini amat berbahaya kerana seandainya kita sudah tidak punya malu sebelum perkahwinan, kebiasaannya kita akan kekal seperti itu juga selepas perkahwinan. Perkahwinan boleh berantakan kerana tiada kepuasan sebagai mana yang dikhayalkan. 

Bagi sesetengah kita, ada yang berusaha berkali-kali untuk menghentikan tabiat tersembunyi ini (mungkin juga ada yang secara terang-terangan). Lagi dan lagi dan lagi cuba bangkit kembali. Jangan berputus asa, kecewa dan terus hanyut dengan dosa-dosa. Berikut merupakan antara perkara yang boleh kita lakukan sebagai individu;

  1. Cubalah untuk melihat pornografi sebagai perkara jahat dan menjijikkan
  2. Banyakkan berpuasa
  3. Pindahkan komputer anda atau lakukan tugasan di tempat yang terbuka
  4. Jangan berkunci di dalam bilik
  5. Tidur di awal waktu apabila tiada lagi perkara berfaedah yang ingin dilakukan
  6. Sibukkan diri dengan beraktiviti
  7. Berkawan dengan teman yang baik
  8. Elakkan bertemu dengan individu yang menaikan syahwat
  9. Berdoalah untuk terus kuat mendepani kehidupan yang penuh dugaan


Tiada lagi yang lebih berharga yang perlu kita lindungi melainkan iman kita. Semoga semua berjaya!








Saturday, May 3, 2014

Sahabat dari Kalam Hamka

Dalam buku Falsafah Hidup oleh Prof. Dr.Hamka, antara bab yang sangat menarik perhatian saya adalah Bab yang ke-8. Hal-hal yang berkait dengan persahabatan. Atas slogan 'Ukhuwah Teras Kejayaan' saya cuba ringkasan nukilan beliau agar saya sendiri mendapat manfaat dan pelajaran. Supaya kita cenderung untuk memperbaiki diri, menjadi sahabat yang terbaik buat teman-teman dan membuang segala kotoran atau kekeruhan dalam jalinan persaudaraan. Itu tekad dan doa saya, dan itu jugalah harapan saya kepada sahabat-sahabat sekelian. Tambah lagi sementelah masing-masing berumahtangga dan akan berumahtangga, semoga Allah SWT eratkan lagi tautan hati ini keranaNya. Amiinn.

Makna persahabatan

Kata Hamka, maksud bersahabat itu; 
...adalah untuk sama-sama memperluas tujuan hidup, memperdekat antara satu jiwa dengan jiwa yang lain, yang telah terdapat dalam kesesuaian dalam sesuatu perkara, sehingga dapat didamaikan dalam perkara yang lain.
Sifat seorang sahabat jelas berbeza dengan seorang musuh. Kalau yang dinamakan sahabat itu adalah apabila terlihat keburukan temannya, dapat ia lakukan teguran dengan terus terang dan jujur. Sedang musuh itu pula, apabila terlihat kesalahan musuhnya, lantas dibongkarkan pada khalayak untuk memalukan. 

Mencari Sahabat

Kata Hamka, dalam menelusuri hidup ini ada rahsia kehidupan yang perlu kita sembunyikan. Namun ada perkara perkara yang terlalu ingin dikongsikan bersama-sama., baik ianya berita atau sekadar bertanya. ..Kalau disembunyikan sahaja, rasanya mahu gila! Orang yang tidak punya sahabat itu, ternyata hidupnya sepi dan sunyi. Bahkan keutamaan bersahabat itu terlalu besar dibandingkan hal lainnya. Permisalan yang diberikan oleh Hamka ternyata ada rasionalnya. Bayangkan dalam hal-hal percintaan, pencarian atau kesulitannya kita khabarkan kepada sahabat. Kehilangan barang, kematian dan kerugian, kita adukan kepada teman. Sehingga hal-hal yang berat dan sulit menjadi ringan. Setelah yang terdahulu kita memohon kepada Allah, berlarilah kita kepada sahabat dan teman. 

Memaknai persahabatan itu ibarat perkahwinan roh dan fikiran, yang padanya terletak satu daerah yang sangat luas dan disertakan dengan akal dan budi. Denganya Hamka menggariskan 10 alamat teman yang setia dan sahabat karib. Saya ringkaskan sebagaimana berikut;

  1. Maksud yang jujur dalam bersahabat
  2. Berterus terang dan bukan mengiakan sahaja semua perbuatan kita
  3. Berkorban pada waktu-waktunya (Iaitu memberi dan menerima)
  4. Tahan hatinya dengan perangai kita
  5. Tidak berbohong dan berdusta
  6. Menghormati rumahtangga kita
  7. Mulia tujuannya sehingga dibawa kita ke atas, bukan dijatuhkan kebawah
  8. Mengorbankan apa yang perlu dan mahal buat kita bila ada keperluannya
  9. Dipersetujukannya jalan fikirannya dan kita
  10. Menyimpan rahsia

Persahabatan dan Wanita

Sungguh kata Hamka, percintaan itu dalam lingkungan batin, sedang perahabatan itu daerahnya lahir. Sungguh laki-laki tidak dapat menurut batinnya sahaja, tetapi berhajat untuk hidup berteman di luar. Tempat dia menghubungkan pendapat, akal fikiran, perjuangan dan lain-lainnya yang kadang tidak cukup dengan hanya cinta. Kata Hamka lagi; laki-laki adalah kepunyaan dunia, sebelum dia menjadi kepunyaan rumah; laki-laki kepunyaan dunia, sebelum dia menjadi kepunyaan seorang wanita.

Konflik sering terjadi akibat sukar untuk saling memahami. Ukuran wanita adalah ukuran cinta dan matlamat akhirnya juga adalah cinta. Sedang bagi lelaki, cinta itu adalah tempat istirehatnya. Mengumpul segenap bekalan dan sokongan sebelum menyambung semula pekerjaan. Justeru itu, sahabat dan teman menjadi medium sokongan untuk si suami melangkah laju di medan perjuangan. Kata Hamka lagi, kerana seorang suami yang mempunyai sahabat yang setia, bukan sedikit faedahnya dan keberuntungan kepada rumahtangga. Dan yang pasti cinta wanita itu akan sentiasa menang!


Kesimpulan

Akhir kata, persahabatan itu ada ilmu yang tersendiri. Yang pertama, untuk menyelidik dengan akal dan budi samada orang yang dijadikan sahabat itu lengkap syarat-syaratnya. Dan yang kedua, kesanggupan untuk mencukupkan syarat-syarat itu pada diri sendiri. Dan semoga dengan ringkasan ini bermanfaat untuk semua... :)



Semoga Allah satukan hati2 kami dalam iman dan amal







Wednesday, April 16, 2014

Ada apa dengan masa?

Handphone bergetar menerima satu pesanan ringkas.    
“InsyaAllah, meeting hari ini start pukul 8.00pm.”  
Tik…tik…tik… jam tepat menunjukkan pukul 8.00 malam. Setengah jam kemudian seorang demi seorang, demi seorang, demi seorang datang memenuhkan ruang.  
Jam menunjukkan tepat pukul 9.00 malam. Hoyea! Meeting pun bermula! Gedebuk gedebak gedebuk gedebak…meeting berakhir jam 1.00 pagi.  


Ini cumalah satu contoh dari sekian banyak kes yang serupa.  Kita terlalu mengambil mudah dengan masa sehinggakan kelewatan pada masa bukan suatu dosa dan masalah penting untuk diselesaikan. Jarang sekali ada penyesalan mahupun kata-kata maaf kepada yang ‘membazirkan’ masa untuk tiba awal, dan pulang lewat gara-gara diri kita yang sengaja melengah-lengahkan masa. Membazir masa sudah menjadi budaya dan meresap dalam jiwa kemelayuan kita!  


Masa jangan sia-sia!

Al-Quran dan hadith banyak membicarakan tentang masa. Surah Al-‘Ashr umpamanya menunjukkan bahawa Allah SWT bersumpah dengan masa. Kerana apa? Justeru kerana terdapat terlalu banyak pengajaran di dalamnya dalam kehidupan manusia. Tidakkah kita perhatikan pada siang dan malam yang saling menyusul? Pada kesenangan dan kesusahan? Kebahagian dan kesedihan? Sihat dan sakit? Takut dan aman? Bahkan kepada setiap pasangan dalam penciptaan alam ini, bergilir-gilir peredarannya kerana campur tangan masa. Juga disetiap perkara dan pergiliran masa itu ada Tuhan yang menciptakan, memerhatikan setiap tingkahlaku, menilai keimanan dan kesyukuran kita atas nikmat yang silih berganti.  

Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur… -Al-Furqan: 62- 

Sungguh rugi orang yang mensia-siakan masa. Tidakkah kita saksikan bahawa syi’ar Islam terlalu mengagungkan masa? Syeikh Yusuf Qaradawi dalam buku beliau menyatakan setiap fardhu yang terdapat dalam ajaran Islam semuanya membuktikan bertapa pentingnya detik-detik peredaran masa. Dari detik melaungkan azan dan solat, puasa, zakat, haji semuanya mempunyai ketentuan masa yang memberi kesan kepada kehidupan akhirat yang abadi.   

Menurut Syeikh Yusuf Qaradawi lagi, mensia-siakan masa sendiri dan orang lain merupakan suatu wabak yang berbahaya terhadap ummat ini. Ada beberapa gejala yang boleh dikesan pada mereka yang suka mensia-siakan masa. Andai kata terkena pada kita, maka sama-sama kita koreksi diri. Antaranya saya ringkaskan sebagaimana berikut; 

1. Lalai –Tidak peduli dengan peredaran masa dan pengajaran dari setiap yang berlaku 
2. Menangguh – Terlalu gemar dengan istilah “Nanti dulu” 
3. Cuai – Kerja yang bertangguh mengakibatkan cuai dalam tugas (terlupa, tak mampu, etc2) 
4. Keji masa – Daripada meletakkan kesalahan pada diri, senang hati menunding pada masa. 

Dalam karya Muhammad Al-Ghazali, beliau menyatakan masa yang berlalu tidak akan kembali. Ianya bukan seperti barang-barang peribadi kita yang hilang. Paling tidak kita boleh menggantikannya dengan yang baru, bahkan dalam kebanyakan kes diganti pula dengan sesuatu yang jauh lebih baik dari yang lama. Permasalahannya ialah apabila kita tidak nampak akan nilai masa. Andai sahaja digantikan masa dengan mata wang atau emas, setiap yang berakal pasti kikir pada waktu yang dia ada. Andai waktu itu adalah modal kita, maka pelaburannya pasti mengharapkan kepada imbalan dan imbuhan yang lebih sempurna. Peri pentingnya masa ini bukan sahaja disedari oleh sarjana Muslim, bahkan telah disedari dan diaplikasikan oleh masyarakat Jepun dan Barat yang dilihat obses pada materialisme. Mereka tidak melihat imbuhan akhirat pada masa, tetapi dengan masa yang ada mereka sedar ada untung dan ruginya. Pada masa memang ada wang dan emas yang menanti mereka!


Ada apa dengan masa?

Seorang sarjana Barat yang bernama Maxwell dalam bukunya telah menggariskan pelan perancangan perkembangan diri (Plan for Growth). Dalam pelan tersebut, perkara asas yang disebut adalah pengurusan masa setiap jam dan setiap minggu. Ada apa dengan satu jam itu? Menurut beliau, seorang yang menghabiskan satu jam dalam sehari untuk perkara tertentu akan menjadi pakar dalam perkara tersebut dalam tempoh 5 tahun! Sudah pasti kalau kita bisa menangguh masa dengan melewatkannya hatta setengah jam sehari, kita akan menjadi pakar penangguh masa dalam tempoh 10 tahun! Nah… Dan ketika itu kita mungkin berada ditampuk kepimpinan ummah yang sedang sakit dan nazak kerana mempermainkan masa. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Syeikh Yusuf Qardawi sebagai wabak yang merbahaya. 


Masa adalah kehidupan

Akhir kata, sungguh dalam mensia-siakan masa itu juga menjejaskan kualiti takwa dan wara’ kita. Ya, bukan maksud saya pada diri saya seorang atau anda yang membaca, tetapi pada kita sebagai ummah keseluruhannya. Dengan mensia-siakan masa, ia akan melemahkan karakter, akhlak, ucapan dan dakwah keseluruhannya. Menjurus pula kepada meringan-ringankan dosa dan mempermudahkan nafsu syahwat yang dihias slogan dan alasan. Lalu kita terus terlena dengan kehidupan yang singkat dan sementara.

Saya menulis kerana cinta...
Dan khusus tulisan ini buat ingatan diri saya yang hina….   

Tuesday, April 8, 2014

Palestin Planet Cinta

Palestin planet cinta,
Bila hati dekat dengannya
Bila rindu bertaut di jiwa
Bila kasih melunak rasa

Palestin planet cinta
Bila hati benci pada musuhnya
bila rindu akan perjuangannya
bila kasih syahid jalannya

Palestin planet cinta
Bila genta rasa bersaudara
bila usaha tak kenal bumi yang mana
Lantas ku hulur tangan dan doa
Harta dan tenaga
Akal dan hikmah
Walau hanya pada pena

Dan terus ku cari mentari
Antara Iffah dan Syaja'ah
Apakah mungkin ada mahabbah


Afzamiman, 8/4/2014

Sunday, April 6, 2014

Sakura Malaya

Sejak seminggu dua ini, dari utara tanah air sehingga ke selatan semenanjung, kita merasa takjub dengan keindahan bunga bungaan dari pepohon besar di kiri dan kanan jalan. Subhanallah, cantik dan mempersona dengan warna yang sangat mendamaikan. Ada yang putih dan ada yang berwarna merah jambu. Bunga-bunga yang lebat itu ada yang berguguran menjadi permaidani indah yang melitupi bumi. Sekali imbas tak ubah seperti pepohon Sakura di Jepun. Hal ini menjadikan pohon yang memakai nama saintifik Tabebuia pentaphylla ini lebih mudah dikenal sebagai Sakura Malaya. 

Sepanjang musim kemarau yang lalu, pohon-pohon ini bertahan untuk teguh berdiri. Tiada cukup air, bahkan layu dan berguguran daun keringnya di tengah hari. Ada yang bisa menempuh bahang mentari dan setia menanti hujan untuk membasahi bumi. Pohon-pohon besar itu ada yang masih disitu. Pun begitu banyak juga yang mati. Tiada siapa pun yang peduli akan kewujudannya. Tiada terlihat akan manfaatnya, apatah lagi merasa untung dek kerana jerih perih keberhasilannya. Sehinggalah suatu hari...

Mekar Sang Bunga

Kembangnya Sakura Malaya menjadi bualan disana sini. Apatah lagi dengan budaya masyarakat moden yang suka berkongsi.  Dek kerana indahnya bunga itu bukanlah dapat disaksikan oleh orang-orang masa kini sahaja, maka orang lama telah mendahului melihat keajaiban ini. Kata-kata orang lama banyak meminjam kepada bunga. Antaranya;

Seumpama bunga di gaung batu, taruk kaca tangkainya embun. Membawa maksud seorang yang cantik dan baik sifatnya itu, sangat terjaga, tidak mudah tergoda apatah lagi ternoda. Terpelihara keindahannya bukan kerana luaran, tetapi cantik kerana prinsip dan tingkahlaku yang sopan. Jangan pula menjadi laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. Indah pada rupa itu kadangkala cuma pada pandangan. Akal dan budi pula lah yang menjadi cerminan dan bukanlah hanya kerana nampak gah di mata, lesu rupanya rohani dan dalaman. 

Kecantikan atau kehebatan kita itu tidak kekal selamanya. Kadangkala suka benar kita ini dipuji. Bila dipuji-puji mulalah kita menanam tebu ditelinga, berkembang bunga raya di muka. Suatu masa kita akan tua. Usia akan menjamah kecantikan dan tenaga kita, ibarat bunga kembang menanti layu. Oleh itu jadikanlah hidup ini sebagai jalan-jalan kebaikan kerana tiada siapa yang tahu bilakah ajalkan menjengah kita. Yang tua kan pergi, yang muda juga boleh pergi. Kemasyuran kita barangkali hanya tinggal kenangan. Bak kata orang lama bunga gugur, putik pun gugur

Oh.. terlalu banyak ayat yang berbunga-bunga. Hati berbunga menulis peribahasa bunga, ibarat kera mendapat bunga tidak tahu benar atau tidak peri letaknya. 

Ok... Full stop.


Kata emak, sebuah pengajaran...

Teringat juga saya akan pepohon durian di kampung yang sedang berbunga lebat juga ketika ini. Kata emak, bunga itu petanda berakhirnya musim kemarau. Tunas-tunas muda dan bunga-bungaan yang mula meletus dari siraman pertama hujan, lebih awal tiba dari pepohon sakura malaya tadi. Tidak lama lagi akan tiba masa pohon durian itu berbuah. Sebuah kitaran baru akan bermula dan ramai akan merasa hasilnya nanti. Baik kami sekeluarga, haiwan-haiwan dan serangga-serangga juga akan menikmati. Allahu... indahnya ciptaan alam. Selepas keperitan ada keindahan. Itulah hadiah atas sebuah pengorbanan dan kesabaran. Begitu jugalah dengan kehidupan, selepas jerih perih atas apa jua perjuangan kita; terutama dalam apa jua usaha ke arah kebaikan, maka berdoalah kepada suatu keindahan yang tak terjangkau dek akal dan fikiran... 


Bunga-bunga tak kembang lama. Sampai masa akan berguguran jua. Tetapi disitu pasti ada hikmah yang diciptakan Tuhan :)

Tuesday, April 1, 2014

MH370

Siapa yang tidak bersimpati dengan nasib dan tragedi yang menimpa krew dan penumpang MH370  barangkali sudah tidak punya lagi perasaan. Bahkan mungkin boleh dikatakan hilang nilai sensitiviti sebagai insan yang seharusnya berkasih sayang. Peristiwa kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing itu meruntun sanubari setiap mereka yang mengikuti perkembangannya. Tidak tertahan sebak melihat ibu yang kehilangan anaknya, isteri yang kehilangan suaminya, mereka-mereka yang kehilangan sahabat dan saudara. Hilang, dan hilang tanpa sebarang khabar berita.

Kesedihan itu dikongsi oleh seluruh warga Malaysia, bahkan barangkali sebahagian besar warga dunia. Spekulasi demi spekulasi menyesakkan lagi kejernihan hati dalam melihat peristiwa ini. Namun terus dan terus harapan disandarkan kepada sebuah keajaiban yang tak kunjung tiba. Seperti mana rakyat marhaen yang lain, saya sendiri menjadi sangat terkesan dengan apa yang berlaku. Sekian banyak pengajaran dititip dari hari kehari. Banyak tema-tema dalam peristiwa ini yang diketengahkan dalam media samaada perdana atau media sosial, dan ini antara yang saya perolehi; 

Kudrat Allah SWT yang tiada tandingnya.
Sedang segala kecanggihan abad ini di bawa kepersada dunia anehnya tiada pula segala kemajuan teknologi ini berjaya mencari apatah lagi menyelesaikan misteri ini sehingga ke hari ini. Bahkan andaikata dapat dirungkai sekalipun, ianya sudah memakan masa yang sangat lama dengan usaha yang terlampau dasyat dari segenap negara. Dari kelengkapan ruang angkasa seperti satellite dan segala macam pesawat, kapal-kapal marine dengan radar-radar canggih, hinggalah kepada teknologi kapal selam yang termahal diguna pakai. Kesemuanya akhirnya akur atas limitasi kudrat pencapaian manusia.  

وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرْجَعُ ٱلْأُمُورُ
Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan dibumi dan kepada Allah lah dikembalikan segala urusan. (Al Imran; 109)

Memahami konteks ayat ini dan banyak lagi ayat-ayat dalam al-Quran, semakin ramai yang mula celik mata hati dan nurani bahawa Allah lah sebaik-baik penolong dan tempat kembali. Yang berkuasa dilangit dan dibumi. Allah lah jua Tuhan yang padanya diletakkan harapan dan segala urusan. Kudrat Allah SWT selama ini dibutakan oleh manusia yang egoistik dan materialist. Dibayangi oleh perasaan besar dan bangga diri. 

Bomoh oh bomoh

Fasa keinsafan yang menyenangkan tadi dicemari pula oleh ritual-ritual aneh bomoh yang belagak berani. Tampil pula dengan perasaan angkuh dan sombong diri, seperti tiadalah yang lebih mahir mencari selain dirinya dan konco-konconya. emmm dan alatan-alatan canggihnya... Niat yang murni itu bukanlah lesen besar untuk jalan yang salah. Dari perihal sebahagian masyarakat yang desperate dan jahil pula, merestui tidak tanduk bomoh-bomoh Malaysia ini.  Namun ibrah kejadian ini membuatkan saya dan sebahagian besar masyarakat menyemak kembali alternatif dalam menyelesaikan kemelut yang melanda bahkan semakin ramai yang mula memahami. 

Sedikit pencerahan mudah oleh Ustaz Zaharuddin mungkin boleh dijadikan panduan terutama dalam hal berkaitan perkara ghaib ini;
Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada 3 sumber sahaja. Iaitu :-
a) Al-Quran       
b) Hadith Sohih dan Hasan      
c) Fitrah kejadian alam (sunatullah)
Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :
قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .

Bacaan lanjut disini:
http://zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/465-kesilapan-umat-islam-dalam-kepercayaan-a-aqidah.html

Cinta akan Wathan

Mana mungkin untuk saya tidak mencintai wathan yakni tanah air ini. Disinilah saya dilahirkan dan dibesarkan. Dan sinilah saya 'mendapat' Islam suatu anugerah paling besar dalam kehidupan dan semoga bersama hingga ke alam kematian. Kecintaan ini mendorong saya untuk memperjuangkan diri dan tanah air, mewujudkan ikatan kekeluargaan dalam masyarakat, bahkan merupakan kewajiban yang harus kita pikul bersama-sama. Cinta akan wathan membuatkan saya begitu sedih apabila pemimpin dan keseluruhan rakyatnya dicemuh (Melihat laporan media barat dan China yang menghentam Malaysia dan warganya). Sedih apabila kemampuannya dipertikaikan, bahkan dipandang sinis. Dan dalam kes ini, lebih sedih lagi apabila Islam yang menjadi anutan kebanyakan warganya, pemimpin-pemimpinnya, bahkan pilot yang mengemudi MH370 menjadi bahan cercaan dunia.  

Bak kata seorang sahabat, lihat sahaja pada peristiwa 9/11, tiada siapa yang mempersoalkan kepimpinan Amerika. Tiada siapa yang berani mengusik kelemahan sistem ketenteraannya, bahkan tiada siapa yang mahu menuduh pilot yang merempuh sebagai pengganas. Justeru yang di palit kotorannya pada Muslim. Pada orang Islam yang tiada kena mengena, pada keluaraga Muslim, pada warganegara Muslim, pada pendatang Muslim, pada pekerja Muslim pada mereka yang mempunyai 'bin' pada namanya, pada yang berjambang dan berhijab dan...pada siapa sahaja yang boleh mereka letakkan kebobrokan ini. 

Saya tidak menyatakan bahawa tiada kekurangan dan salah silap dalam pengendalian kes ini. Dari segi ketelusan maklumat dan sebagainya. Segalanya mungkin belaka... Ketepikan semua soal politik dan kebencian dan lihatlah dengan mata hati. Sedarlah bahawa kadangkala kita tidak lebih sekadar penonton yang lancang memberi komentar. Kadangakala kita terlalu sceptical dengan situasi sehingga terlupa untuk memandang sisi-sisi sebagai manusia apatah lagi sebagai individu-individu Muslim yang mengaku bersaudara. Sepanjang manakah doa dan usaha kita agar wathan ini dihuni manusia berkaliber yang diimpikan? yang kuat iman dan ketenteraan? yang harmoni dalam kepelbagaian? Tepuk dada dan tanya iman. 

Sensitiviti Umat

Peristiwa ini telah mengheret ribuan perasaan untuk meratapi pemergian sebuah pesawat boeng 777 yang entah kemana. Bacaan fatihah berulang siar dikaca TV. Tangisan-tangisan sentiasa menjadi tumpuan dalam siaran. Begitu juga dengan ketabahan hati insan yang ditinggalkan. Sensitiviti ini amat mahal nilainya dalam masyarakat yang sering hidup nafsi-nafsi. Betapa kesatuan hati ini memberi kekuatan dalam berdepan dengan ujian. Baik cinanya, indianya, melayunya... semua seiring mendoakan. 

Namun peristiwa ini diselangi dengan satu lagi peristiwa yang turut menyayat hati. Keputusan mahkamah Mesir ke atas 529 ahli ikwanul Muslimin yang dijatuhkan hukuman bunuh adalah suatu yang sangat dikesali. Pengadilan yang sangat tidak adil, melewati batas manusiawi dan melampau dalam keputusan adalah sesuatu yang wajib ditangisi. Namun siaran TV senyap sepi dari berita dan laporan. Tiada juga kenyataan-kenyataan tegas, tiada lagi lidah petah berani, tiada juga luahan hati dari saudara-saudara seakidah yang berapi. Cuma barangkali menjadi selangan sahaja dicelahan tragedi MH370. 

Di sana juga mereka kehilangan ibu dan ayah. Di sana juga mereka kehilangan anak dan isteri. Di sana juga mereka kehilangan keluarga. Di sana juga mereka kehilangan sahabat dan teman. Di sana juga mereka kehilangan demokrasi. Bahkan lebih pilu, di sana juga mereka hilang kemanusiaan. Sedang kita masih kedekut berkongsi emosi...apatah lagi doa dan kudrat. Pertimbangkanlah sensitiviti umat ini...  

Dunia yang melalaikan

Dan mungkin ini bukan yang terakhir, tetapi percayalah, atas segala spekulasi yang melanda, saya dan ramai lagi diluar sana mula ragu dengan dunia. Dari segi politik, kekuasaan, kekuatan, kemegahan, 'permainan' agama, tipu daya, strategy gila, rahsia-rahsia dan bermacam lagi....


Membuatkan saya insaf bahawa kerdilnya diri...kemelut yang melanda walau sebesar mana hanyalah sementara dan akhiratlah tempat yang kekal selama-lamanya.

Allah berfirman didalam Al-Qur'an, surat Al-Hadid ayat ke-20 bermaksud:

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahdi antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dankehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."